Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

Press Releases

curve

Anugerah LIFE AT WORK (LAWA) 2025 Mengiktiraf Juara Tempat Kerja Inklusif dan Lestari di Malaysia

30 October 2025

YB Steven Sim Chee Keong dan YB Wong Shu Qi bersama pemenang Anugerah LAWA 2025

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2025 – Sambutan sedekad kemajuan dalam agenda masa depan pekerjaan negara, Anugerah LIFE AT WORK (LAWA) 2025 meraikan majikan-majikan unggul yang mentakrif semula cara Malaysia bekerja dengan memacu agenda fleksibiliti, inklusiviti dan kelestarian sebagai asas utama.

Anugerah berprestij ini dianjurkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), badan pemikir strategik di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Edisi tahun ini membawa tema “Driving Inclusivity, Powering Sustainability” (Memandu Inklusiviti, Memacu Kelestarian).

Impak Sedekad: Dari Dasar ke Tindakan

Dalam ucapannya semasa majlis gala tersebut, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, berkata bahawa LAWA mencerminkan visi Malaysia MADANI, di mana kemajuan negara tidak hanya diukur melalui keberhasilan, tetapi juga tujuan dan nilai kemanusiaan.

“Ukuran sebenar kemajuan sesebuah negara bukan pada sejauh mana KDNK meningkat, tetapi sejauh mana kemanusiaan kita berkembang,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa inklusiviti dan fleksibiliti kini menjadi tanda aras ekonomi moden yang berdaya saing, dan Malaysia sedang bergerak ke arah itu dengan yakin.

Di bawah kepimpinan KESUMA, Kerajaan telah mengiktiraf secara rasmi hak pekerja untuk memohon Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA), memperluas insentif cukai bagi amalan kerja mesra keluarga dan program kembali bekerja (returnship), serta memperkukuh perlindungan kepada ibu bapa bekerja melalui pindaan Akta Kerja.

YB Steven Sim Chee Keong berucap semasa Majlis Anugerah LAWA 2025

Hasilnya, pasaran buruh Malaysia menjadi semakin saksama dengan jurang gaji gender yang menurun daripada RM211 pada tahun 2023 kepada RM18 pada tahun 2025, manakala Laporan Jurang Gender Global 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia meletakkan Malaysia di tangga ke-108 daripada 146 negara, naik enam tangga berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia juga terus menunjukkan prestasi kukuh dalam penarafan global di tangga ke-23 dalam World Competitiveness Index dan tangga ke-25 dalam IMD World Talent Ranking, mencerminkan reputasi negara sebagai tenaga kerja yang tangkas, inklusif dan berpandangan jauh.

“Inklusiviti dan fleksibiliti kini bukan lagi pilihan malahan ia menjadi kelebihan daya saing baharu,” tambah YB Steven Sim.

Pengiktirafan Majikan Terbaik Negara

Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp, YB Wong Shu Qi, berkata sepanjang sepuluh tahun penganjuran, LAWA telah berkembang menjadi satu gerakan nasional yang mengiktiraf organisasi yang “menjadikan pekerjaan lebih manusiawi.”

YB Wong Shu Qi, Pegerusi Lembaga Pengarah TalentCorp menyampaikan ucapan alu aluan

“Di sebalik setiap penyertaan LAWA 2025, terdapat kisah inovasi, kepimpinan dan keberanian — tentang ibu yang kembali bekerja, tentang pemimpin yang belajar untuk memimpin dengan empati, dan tentang pasukan yang membuktikan bahawa belas ihsan dan prestasi boleh bergerak seiring,” katanya.

Beliau turut menambah, melalui program advokasi TalentCorp, lebih daripada 900,000 rakyat Malaysia telah menikmati manfaat daripada pelaksanaan amalan kerja yang lebih inklusif dan fleksibel — membuktikan bahawa “buat baik untuk pekerja bermakna buat baik untuk perniagaan.”

 

Anugerah Utama 2025

Daripada keseluruhan 33 anugerah yang dipertandingkan tahun ini, antara juara utama yang diiktiraf adalah seperti berikut:

Anugerah Organisasi Terbaik

  • Organisasi Antarabangsa – Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd.
  • Syarikat Tersenarai Awam – Sunway Group
  • Syarikat Sendirian Berhad – Pelabuhan Tanjung Pelepas
  • Sektor Awam – Bank Negara Malaysia
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) – Q3 Management Solutions Sdn. Bhd.

Juara Ketua Pegawai Eksekutif

  • Ng Wei Wei (United Overseas Bank Malaysia)
  • Dato’ Chu Jenn Weng (ViTrox Corporation)
  • Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin (MYDIN Mohamed Holdings)
  • Dato’ Mohammad Faiz Mohammad Azmi (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)
  • Dr Thomas Ong (NanoTextile Sdn. Bhd.)

Juara Ketua Pegawai Sumber Manusia

  • Rethinalingam Rubakantan (Mercedes-Benz Malaysia)
  • Andrew Chan Geh Hui (Press Metal Aluminium Holdings)
  • Rozalawati Ngah (Emerson Process Management)
  • Dr Vanitha Thurairasu (Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Kementerian Kesihatan Malaysia)
  • Wong Ye San (PLC Tax Consultants)

Sorotan Kategori

  • Allianz Malaysia – Women at Work & Leadership (Organisasi Antarabangsa / Syarikat Tersenarai Awam)
  • Tea Garden – Women at Work & Leadership (Syarikat Sendirian Berhad / Sektor Awam)
  • Central Force International – Women at Work & Leadership (PKS)
  • Western Digital – Young Graduates (Organisasi Antarabangsa / Syarikat Tersenarai Awam)
  • Verdant Solar – Talent Sustainability (PKS)
  • CelcomDigi – Corporate Social Responsibility (Organisasi Antarabangsa / Syarikat Tersenarai Awam)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau – Future-Ready University & College (Sektor Awam)
  • Asia Pacific University (APU) – Future-Ready University & College (Sektor Swasta)
  • SM Teknik Alor Setar – Future-Ready School (Sektor Awam)
  • SOLS Foundation – Changemakers (NGO / NPO / MSME)

YB Menteri Sumber Manusia bersama kesemua pemenang Anugerah LAWA 2025

Masa Depan Pekerjaan Inklusif di Malaysia

Anugerah LIFE AT WORK 2025 menegaskan komitmen Malaysia untuk membina ekosistem tenaga kerja dan tempat kerja yang mengimbangi kemajuan ekonomi dengan maruah insan, selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI.

Anugerah ini juga menjadi platform untuk menonjolkan majikan yang menerajui usaha kepelbagaian, kesaksamaan, inklusiviti (DEI) serta pembangunan kemahiran masa depan, sejajar dengan matlamat nasional untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita kepada 60% menjelang 2030.

“Organisasi yang diraikan hari ini membuktikan bahawa belas ihsan bukan lawan kepada prestasi, tetapi asas kepada kecemerlangan,” ujar YB Steven Sim. “Apabila kita memberi maruah, kita memperoleh kecemerlangan.”

Majlis malam ini dihadiri 750 tetamu termasuk Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA; pegawai kanan kerajaan; pemimpin industri; dan para penerima anugerah.

Untuk maklumat lanjut, layari www.lifeatwork.my

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

30 Oktober 2025