SEARCH
YB Kula: Rakyat Malaysia - Keutamaan di dalam Agenda Pembangunan Modal Insan Kebangsaan

  • Ekspatriat dialu-alu mengisi jurang kritikal di dalam tenaga kerja
  • Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri bersama Jabatan Imigresen bekerjasama dengan MYXpats Centre 

PETALING JAYA, 28 Februari 2019: Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran menekankan komitmen Kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia adalah keutamaan di dalam usaha-usaha menangani jurang kemahiran yang kritikal di negara ini.

“Kerajaan komited untuk memelihara kepentingan tenaga kerja rakyat Malaysia, sementara mengimbangkan keperluan kepada kepakaran ekspatriat, terutama mereka yang memiliki kemahiran diperlukan dalam sektor-sektor utama bagi menerajui pertumbuhan ekonomi Malaysia,’’ kata YB Kula semasa berucap merasmikan pembukaan Malaysia Expatriate Services Centre (MYXpats Centre) yang baharu, hari ini.

Beliau menambah, MYXpats Centre dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan industri bagi memastikan setiap aspek diberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum permohonan ekspatriat untuk bekerja di Malaysia diluluskan.

Daripada lebih 16,900 syarikat berdaftar dengan sistem Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD), golongan ekspatriat hanya mewakili 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan yang diambil bekerja, manakala rakyat Malaysia merangkumi 90 peratus, menunjukkan kecenderungan dan keutamaan majikan dalam mengambil rakyat tempatan terlebih dahulu. Syarikat-syarikat itu mewakili pelbagai saiz tenaga kerja, dari 22 sektor, termasuk Penerbangan, Perkhidmatan Perniagaan, Pembinaan, Pendidikan, Perkilangan, dan Minyak dan Gas.

Inisiatif-inisiatif menggalakkan pelaburan asing
YB Kula turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Mohd Azis Haji Jamman, yang bersetuju bahawa kehadiran ekspatriat diperlukan untuk membantu dan mengisi jurang di dalam tenaga kerja.

“Menerusi pelaburan dan pemindahan kepakaran, ekspatriat membantu meningkatkan standard sektor, menarik pelaburan terus asing, dan memastikan semangat inklusif dan pelbagai di dalam pasaran kerja negara,” kata YB Datuk Azis.

Kedua-dua menteri menyatakan bahawa Kerajaan komited dalam mewujudkan ekosistem pembangunan modal insan yang efektif, yang akan menarik pelabur antarabangsa untuk membangunkan perniagaan mereka di Malaysia, dan seterusnya mencipta peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan disamping menggalakkan pemindahan kepakaran.

Bagi memudahcara pelaburan syarikat global ke Malaysia, Kerajaan telah tampil dengan pelbagai inisiatif dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk para pelabur:

  1. Penyepaduan Sistem bagi Pihak Berkuasa Yang Memberi Kelulusan, pelbagai agensi yang berperanan dalam meluluskan permohonan ekspatriat akan diletakkan di bawah satu platform bermula 1 April 2019 bagi menyelaraskan penyampaian perkhidmatan imigresen dan keselamatan.
  2. Pembayaran Secara Dalam Talian bagi Fi Pas Imigresen boleh dilakukan menerusi sistem ESD dalam talian mulai Mei 2019.

MYXpats Centre baharu di Johor dan Pulau Pinang
Kerajaan juga komited di dalam pembukaan dua cawangan MYXpats Centre bagi memenuhi keperluan majikan dan ekspatriat di wilayah Selatan dan Utara. Cawangan Johor dan Pulau Pinang dijangka siap pada tahun 2020 dalam usaha menyokong pertumbuhan pelaburan asing di Malaysia.

MYXpats Centre adalah inisiatif bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan diselia oleh Kementerian Dalam Negeri. Ia berperanan sebagai pusat khidmat sehenti yang akan memproses dan mengeluarkan Pas Penggajian (EP) serta pas berkaitan Imigresen yang lain kepada ekspatriat yang layak untuk bekerja di Malaysia.


DITERBITKAN OLEH TALENTCORP
28 Februari 2019

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup