Inisiatif polisi yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan adalah seperti berikut:
Talent Corporation akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkenaan untuk menyelaraskan pelaksanaan dasar yang diumumkan hari ini. Talent Corporation akan mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Lembaga Pemegang Amanah Talent Corporation akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Ahli-ahlinya terdiri daripada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan YBhg. Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Johan Mahmood Merican telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation.
Menurut YAB Dato' Seri Najib, adalah penting bagi Malaysia untuk memahami keperluan untuk membangun dan menarik modal insan berkemahiran tinggi untuk melaksanakan aktiviti kerja bertaraf dunia. Beliau menyatakan bahawa sejumlah besar modal insan berkemahiran tinggi diperlukan untuk memenuhi lebih daripada tiga juta peluang pekerjaan yang akan dijana menerusi pelaksanaan program transformasi ekonomi. Beliau juga menyatakan bahawa langkah yang proaktif perlu diambil untuk menarik, membangun dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi. Inisiatif-inisiatif tersebut akan merangkumi pelbagai kategori modal insan berkemahiran tinggi termasuk rakyat tempatan, diaspora Malaysia, ekspatriat di dalam dan luar negara.
Penemuan "Talent Lab" ini telah dibentang kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri-menteri jemaah menteri yang berkenaan serta pegawai kanan Kerajaan.