Panel Penasihat Industri bagi Pekerjaan Masa Depan Malaysia
Kuala Lumpur, 6 November 2017 - Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) hari ini mengumumkan pembentukan Talent Compact 4.0, panel penasihat industri yang bermatlamat untuk menangani keperluan strategi modal insan yang dipertingkatkan untuk Masa Depan Pekerjaan.
Panel tersebut, yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Idris Jala, ahli Lembaga Pemegang Amanah TalentCorp, menggabungkan 10 pakar yang mewakili industri utama dan baru muncul di Malaysia, dan akan bertindak sebagai panel penasihat bebas untuk membantu dalam membangunkan Pelan Tindakan Masa Depan Pekerjaan Kebangsaan.
"Talent Compact 4.0 merupakan inisiatif yang tepat pada masanya, kerana tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan adalah penting bagi memastikan kejayaan Malaysia dalam menghadapi pasaran masa depan yang berdaya saing. Dengan gabungan kepakaran dan pengalaman panel tersebut, Talent Compact 4.0 mampu menyediakan panduan strategik yang diperlukan untuk membantu usaha mengendalikan agenda modal insan pada landasan yang sewajarnya ," kata Dato' Sri Idris Jala.
Revolusi Industri 4.0, yang dicirikan oleh perkembangan teknologi yang semakin meningkat sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi, sedang merangka semula kerja di seluruh sektor, geografi dan setiap peringkat dalam sesebuah organisasi. Talent Compact 4.0 akan memberi pandangan dan mencadangkan strategi yang diperlukan bagi memastikan ekosistem modal insan negara cukup bingkas dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan dan kesannya terhadap pekerjaan, tempat kerja dan juga tenaga kerja.
"Pada masa ini, TalentCorp meletakkan keutamaan dalam memastikan Malaysia berupaya membuat peralihan yang lancar ke arah tenaga kerja yang bersedia untuk Masa Depan Pekerjaan. Dengan Pelan Tindakan Masa Depan Pekerjaan Kebangsaan yang mengenal pasti peluang dan risiko yang akan muncul daripada Revolusi Industri 4.0, kita akan berupaya untuk menggariskan dan menentukan strategi dan tindakan yang diperlukan agar tenaga kerja Malaysia bersedia untuk menghadapi masa depan," kata Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Shareen Shariza Dato' Abdul Ghani.
"Memandangkan perkara ini membabitkan kepentingan negara, komitmen oleh para pakar industri dan pendokong modal insan sebagai ahli-ahli panel Talent Compact 4.0 akan memastikan TalentCorp mengambil kira perspektif utama yang diperlukan bagi pelan peringkat kebangsaan yang relevan dan mampu dilaksanakan," beliau menambah.
Ahli-ahli panel Talent Compact 4.0 terdiri daripada:
Perkembangan landskap modal insan Malaysia akan terus dibincangkan dengan lebih mendalam di persidangan The Future of Work, Workplace and Workforce Conference, anjuran TalentCorp pada 20 November. Penceramah-penceramah utama di persidangan itu termasuk Pengasas Inisiatif MIT mengenai Ekonomi Digital, Andrew McAfee; pakar pendidikan dan kreativiti, Sir Ken Robinson; dan ramai lagi.
Persidangan ini, dilaksanakan dengan kerjasama Maybank, akan menyediakan platform bagi perangka dasar dan pembuat keputusan untuk membincangkan pilihan baharu serta jalan penyelesaian bagi menghadapi cabaran dalam persediaan untuk masa depan. Maklumat lanjut dan kemas kini mengenai persidangan tersebut boleh didapati di http://futureofwork.my/
Kindly contact our Press Office team through email.
Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only.