SEARCH
TalentCorp Umum Peningkatan Warga Malaysia Yang Pulang Di Bawah Returning Expert Programme

Putrajaya, 26 Julai 2012 - Usaha untuk mempercepat matlamat Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi berada di landasannya dan beroleh momentum dengan peningkatan jumlah para profesional warga Malaysia yang pulang dari luar negara untuk menyumbang kepada sektor ekonomi utama negara. Demikian menurut Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) hari ini apabila ia mengumumkan status terkini Returning Expert Programme (REP), satu inisiatif yang memudahcarakan kepulangan bakat untuk menyumbang ke arah pembangunan negara.

Pada separuh tahun pertama 2012, lebih 500 permohonan REP telah diluluskan, berbanding 680 kelulusan REP bagi keseluruhan tahun 2011. Secara keseluruhannya, bagi tempoh 18 bulan TalentCorp mentadbir REP, sejumlah 1,192 permohonan REP telah diluluskan, melebihi jumlah bilangan 1,130 REP yang diluluskan sepanjang tempoh 10 tahun (2001 – 2010) sebelum TalentCorp dan sejak pewujudan program tersebut. Kemas kini tersebut disediakan sempena mesyuarat Jawatankuasa REP ke-7 bagi tahun 2012 yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Memudahcarakan kepulangan warga Malaysia di peringkat global

“Peningkatan bilangan kelulusan REP menunjukkan meningkatnya keyakinan dalam kalangan bakat-bakat terbaik warga Malaysia di luar negara terhadap ketersediaan peluang yang menarik di Malaysia hasil daripada pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP),” kata YB Tan Sri Nor di mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini, permohonan bagi REP hanya dibuat oleh individu-individu yang pulang. YB Tan Sri Nor juga mengumumkan bahawa permohonan bagi REP kini juga boleh dibuat oleh syarikat-syarikat bagi para profesional warga Malaysia di luar negara yang mereka sasarkan untuk diambil bekerja.

“Peralihan kepada permohonan REP oleh pihak majikan adalah sejajar dengan pendekatan dipacu permintaan Kerajaan dan yang diterajui oleh pihak industri kepada ETP,” tambah YB Tan Sri Nor.

Membolehkan permohonan oleh para majikan terkemuka di Malaysia, YB Tan Sri Nor menerangkan, ia dapat menyokong usaha yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat ini dalam usaha temu seru (outreach), pembabitan dan pengambilan kerja warga Malaysia dari luar negara.

Sejak penubuhannya pada tahun lalu, lebih 100 majikan di Malaysia telah mengambil bahagian dalam sesi-sesi temu seri anjuran TalentCorp di luar negara. Para majikan yang mengambil bahagian termasuk syarikat terkemuka di pelbagai sektor penting, seperti Maybank dan CIMB dalam Kewangan, KPJ dan Pantai Parkway dan Penjagaan Kesihatan, Intel dan Agilent dalam E&E, Axiata dan Maxis dalam Telekomunikasi, PwC, Deloitte, E&Y dan KPMG dalam khidmat profesional.

Sesi-sesi yang dianjurkan membolehkan para majikan berkongsi secara terus mengenai peluang yang ada dengan para profesional dan pelajar Malaysia di 20 negara merangkumi United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Taiwan dan Jepun.

“Sesi-sesi temu seru tersebut bertindak sebagai satu platform bagi mewujudkan hubungan dengan masyarakat warga Malaysia yang berjaya di luar negara, bukan hanya untuk menggalakkan kepulangan mereka ke Malaysia tetapi juga mewujudkan jalinan kerja dan saluran bagi warga Malaysia untuk menyumbang dari luar negara, seperti melalui perkongsian pengetahuan atau memulakan pelaburan,” kata Johan Mahmood Merican, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp.

Tambahan lagi, bagi mencapai audiens yang lebih besar di luar negara, TalentCorp juga akan mengguna pakai kaedah media sosial, termasuk platform Pameran Kerjaya Maya (Virtual Career Fairs) yang terdapat di portal pembabitan bakat TalentCorp, MyWorkLife.

"Dengan sokongan dan usaha berterusan oleh syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia, kami yakin lebih ramai lagi bakat warga Malaysia di peringkat global akan pulang dan menyumbang kepada meningkatnya momentum ETP,” kata YB Tan Sri Nor.

Untuk maklumat lanjut mengenai REP atau program seru temu TalentCorp, sila layari www.talentcorp.com.my atau www.myworklife.my

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup