Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia menyampaikan ucaptama di majlis pelancaran mynext by TalentCorp
Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia (kiri) melancarkan inisiatif mynext by TalentCorp bersama Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Bin Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
1. mynext Talent – bakat yang berdaftar berpeluang untuk menilai kekuatan dan memperbaiki jurang kemahiran mereka melalui lima (5) modul penilaian profil kerjaya seperti ‘work values’, ‘personality & motivation’, ‘employability’, dan ‘future of work’ serta satu modul penilaian kompetensi Bahasa Inggeris;
2. mynext University – Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Institusi Latihan Kemahiran kini mempunyai akses kepada analitis bakat bagi institusi masing-masing melalui fungsi “analytical dashboard”. Fungsi strategik ini amat penting dalam membangunkan program intervensi kebolehpasaran yang berasaskan bukti dan berfokus kepada keperluan individu. Di samping itu, dashboard ini juga akan membantu institusi dalam memudahcara dan memantau pelaksanaan latihan industri dalam kalangan para pelajarnya; dan
3. mynext Company – Pihak industri amat digalakkan untuk bekerjasama dan terlibat secara aktif dalam menawarkan latihan industri berstruktur kepada bakat muda negara melalui portal mynext; serta beroleh manfaat potongan cukai berganda di bawah pelaksanaan Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP).
Majlis pelancaran mynext dirasmikan oleh Datuk Seri M. Saravanan dan Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Bin Muhammad bersama (dari kiri ke kanan): Tuan A. Maniam, Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi & Antarabangsa) KSM, Dato’ Nazaruddin Abdul Jalil, Pengerusi MYNext; Datuk Muhd Khair Razman Bin Mohamed Annuar; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM; Dato' Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; Dr. Wafi Nazrin Dr. Abdul Hamid, Pengerusi TalentCorp; dan Thomas Mathew, , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp.
Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia
11 Ogos 2022
Kindly contact our Press Office team through email.
Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only.