SEARCH
TalentCorp Meraikan Perintis Yang Membentuk Masa Hadapan Industri Malaysia Dalam LIFE AT WORK Awards 2023

YB Tuan V. Sivakumar bersama YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, YBhg. Dato' Haji Amran Bin Haji Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa, YBhg. Dato' Hajah Norison Binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, dan Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp meraikan semua Pemenang Anugerah LIFE AT WORK 2023.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Industri di Malaysia kini berhadapan dengan peningkatan penerimaan nilai-nilai 'Keterangkuman, Ekuiti dan Keterangkuman’ yang utama serta wujud keperluan untuk menilai semula budaya korporat apabila Generasi Z (Gen Z) mula memasuki tenaga kerja.

Individu yang lahir selepas tahun 1996 atau Gen Z ini lebih mementingkan persekitaran kerja yang inklusif, berdaya maju dalam kerjaya, serta memperoleh kemahiran baharu yang memerlukan Majikan untuk membentuk semula landskap tempat kerja yang lebih moden. Majikan kini perlu menggunakan pendekatan yang berbeza untuk melibatkan Gen Z, Gen X dan Baby Boomers secara berkesan dalam persekitaran profesional yang bekerjasama ke arah produktiviti yang lebih tinggi. Ini ditambah lagi dengan keperluan untuk meningkatkan kepelbagaian jantina dan menyokong wanita dalam tenaga kerja, selaras dengan matlamat Ekonomi Madani untuk mencapai Kadar Penyertaan Tenaga Kerja Wanita sebanyak 60%.

Bagi memenuhi keperluan untuk mengubah landskap tenaga kerja yang pelbagai, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) menganjurkan Majlis Anugerah LIFE AT WORK Awards 2023 untuk meraikan majikan yang berwawasan dalam mengorak langkah yang luar biasa dalam memperjuangkan nilai DEI serta amalan kerja dan hidup yang seimbang. Sebanyak 30 anugerah daripada 8 kategori telah disampaikan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang majikan dan individu dari aspek penglibatan pekerja, pengambilan pekerja yang pelbagai, amalan kemampanan serta kecermelangan kepimpinan.

YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia memberikan Ucapan Perasmian semasa Anugerah LIFE AT WORK 2023.

Di dalam majlis tersebut, YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia memuji TalentCorp yang memainkan peranan penting dalam menganjurkan Anugerah LIFE AT WORK serta menggariskan sumbangan besar yang telah dilaksanakan untuk memajukan prinsip Malaysia MADANI.

“Tenaga kerja yang majmuk merupakan tenaga kerja yang inovatif. Dalam mengejar transformasi ekonomi, kita perlu membina pasaran buruh yang lebih bersedia untuk ekonomi masa depan serta sesuatu pekerjaan yang lebih berkemahiran demi pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi. Para finalis dan pemenang Anugerah LIFE AT WORK Awards turut menunjukkan komitmen berterusan meraka bukan sahaja dalam aspek mengekalkan kumpulan bakat Negara, tetapi juga untuk menarik bakat global, yang penting demi kemajuan negara kita,” katanya.

TalentCorp mula menganjurkan Anugerah LIFE AT WORK awards pada tahun 2013. Namun ia terpaksa direhatkan seketika apabila dunia dilanda Pandemik. Tahun ini anugerah yang dinanti-nantikan ini kembali dan menyaksikan penyertaan daripada 112 syarikat yang mewakili pelbagai industri termasuklah perkhidmatan kewangan, perkhidmatan profesional, minyak dan gas, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan perniagaan global, penjagaan kesihatan, barangan pengguna yang bergerak pantas, runcit, pelancongan dan teknologi maklumat.

Malayan Banking Berhad (Maybank) telah menerima anugerah Organisasi Terbaik Keseluruhan bagi Kategori Syarikat Malaysia daripada YB Tuan V. Sivakumar dan Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp.

Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat TalentCorp berkata bahawa inisiatif LIFE AT WORK merupakan komitmen teguh TalentCorp dalam mewujudkan persekitaran inklusif di mana semua pekerja tanpa mengira latar belakang berjaya serta mampu merealisasikan potensi penuh mereka.

“Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan dan sasaran ekonomi MADANI untuk meningkatkan tenaga kerja wanita Negara, YAB Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan 2024 baru-baru ini telah mengumumkan insentif cukai dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027 bagi Wanita yang kembali berkerja menerusi Program Kembali Bekerjaya TalentCorp. Untuk memastikan hasrat tersebut dicapai, TalentCorp akan membawa pelbagai inisiatif lain, termasuklah galakan penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak di tempat kerja, Aturan Kerja Fleksibel, Program Mentor dan Rangkaian Wanita dan banyak lagi.”

Anugerah LIFE AT WORK Awards 2023 bukan sahaja meraikan kecemerlangan tetapi turut memberi inspirasi serta membina komitmen kolektif ke arah tempat kerja Malaysia yang pelbagai, inklusif dan menyokong kesejahteraan pekerja. Majlis tersebut telah menerima kehadiran seramai 700 orang tetamu jemputan termasuklah YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia, para pegawai kanan daripada pelbagai kementerian dan agensi, wakil industri serta finalis Anugerah itu.

Antara pemenang anugerah bagi tahun 2023 termasuklah Malayan Banking Berhad untuk kategori Organisasi Terbaik Malaysia, CIBA VISION Johor untuk Organisasi Antarabangsa Terbaik, Yayasan Pahang untuk Organisasi Sektor Awam Terbaik, dan Pusat Mata Laser Vista untuk Organisasi Kecil & Sederhana Terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah LIFE AT WORK dan pemenang, layari www.lifeatwork.my.

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

18 Oktober 2023

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup