SEARCH
TalentCorp Meraikan Kejayaan Lebih Sedekad Pelaksanaan Latihan Industri Berstruktur Dalam Memupuk Bakat Masa Hadapan

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, bersama YBhg, Dato' Mohd Sharil Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Kerjasama Industri dan Komuniti serta Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, bersama Penerima Anugerah dari Perwakilan Institut Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 November – Terdapat peningkatan dalam permintaan bagi penempatan latihan industri dengan lebih 277,000 orang pelajar atau hampir 2% daripada pasaran buruh Malaysia diperlukan untuk menjalani latihan industri setiap tahun.

Justeru, Dengan mandat daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM), Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) sebagai agensi yang menjadi fasilitator latihan industri negara memperbaharui komitmennya terhadap pembangunan dan pelaksanaan rangka kerja latihan industri berstruktur holistik untuk membantu menangani cabaran pengangguran serta isu pekerja di bawah taraf kelayakkan dalam kalangan siswazah.

Bagi meraikan majikan dan institusi pengajian tinggi yang memanfaatkan MySIP, TalentCorp hari ini menganjurkan Anugerah Penghargaan MySIP yang disampaikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Beliau turut memuji usaha TalentCorp dalam memacu inisiatif MySIP untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah, yang telah berkembang termasuk pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyampaikan ucaptama semasa Anugerah Penghargaan MySIP

"Latihan Industri merupakan strategi utama untuk pelajar kita menjadi lebih berkemahiran dan bersedia untuk industri. Kepentingan untuk menyertai program latihan industri berstruktur ini tidak boleh dipertikaikan, kerana ia berfungsi sebagai pendorong utama dalam pembangunan bakat muda Negara" katanya.

"Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp akan terus mengkaji butiran mengenai cadangan Dasar Latihan Industri Negara. Ini termasuk mewujudkan garis panduan untuk majikan dalam menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat, elaun yang adil, serta peluang latihan industri yang berstruktur," tambahnya.

Sejak tahun 2012, Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) oleh TalentCorp telah memanfaatkan lebih 112,000 pelajar, dengan purata 600 syarikat yang mengambil bahagian setiap tahun. MySIP menjamin pembayaran elaun bulanan minimum kepada pelajar yang menjalani latihan industri dengan syarikat MySIP serta rangka kerja pendidikan latihan industri yang teratur. Selain menawarkan insentif potongan cukai dua kali kepada Syarikat MySIP berdaftar, inisiatif ini berfungsi sebagai saluran kumpulan bakat yang berharga untuk syarikat tersebut.

Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa Anugerah Penghargaan MySIP

Pada tahun 2022, TalentCorp telah melancarkan mynext oleh TalentCorp iaitu platform sehenti untuk memudahkan MySIP, dan untuk majikan dan pelatih yang memadankan antara satu sama lain.

Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp berkata bahawa mereka telah memperkenalkan pelbagai program untuk memperkasa dan memanfaatkan kumpulan bakat Malaysia, sebagai sumber bakat yang utama dan mampan untuk menyokong aspirasi ekonomi Malaysia MADANI.

“Minggu ini merupakan Minggu Pasaran Latihan Industri yang kami anjurkan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Tenaga Manusia, serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Acara itu diadakan secara maya supaya ia boleh diakses oleh pelajar dari seluruh negara yang mencari peluang latihan industri,” katanya

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia, bersama Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat TalentCorp menyampaikan Anugerah Pembayaran Elaun Latihan Industri Tertinggi kepada wakil Crowe Malaysia PLT di Anugerah Penghargaan MySIP.

Sebanyak 27 anugerah telah disampaikan dalam pelbagai kategori, dan antara penerima anugerah tersebut termasuklah PETRONAS, PwC Malaysia, Pentamaster Technology, KPMG Malaysia, IFast Service Center, Ambank, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berikut merupakan kategori Anugerah Penghargaan MySIP:

  • Anugerah Penghargaan Syarikat dengan Penawaran Bilangan Latihan Industri Tertinggi 
  • Anugerah Penghargaan Syarikat dengan  Pembayaran Elaun Latihan Industri Tertinggi
  • Anugerah Penghargaan Syarikat PKS dengan Penawaran Penempatan Latihan Industri Tertinggi 
  • Anugerah Penghargaan Syarikat Baharu dengan Penawaran Penempatan ILatihan Industri Tertinggi 
  • Anugerah Penghargaan Syarikat dengan Penawaran Bilangan Kekosongan Latihan Industri Tertinggi di dalam portal mynext
  • Anugerah Khas mynext kepada Institusi Pengajian Tinggi yang Berdedikasi

Untuk maklumat lanjut berkaitan MySIP dan mynext, sila layari www.mynext.my.

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

23 November 2023

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup