SEARCH
TalentCorp Menggerakkan Inisiatif Kebolehpasaran Graduan Untuk 2023 Dengan Fokus Pada TVET

Sekitar majlis Pelancaran Inisiatif YES! 2023, dari kiri gambar, Tuan Thomas Mathew, CEO Kumpulan Syarikat TalentCorp, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Timbalan Ketua Setiausaha KSM, YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia, Tuan A. Maniam, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Antarabangsa KSM serta En Nazrul Aziz, Timbalan Presiden Kumpulan Syarikat TalentCorp.


CYBERJAYA, 27 Februari - Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) hari ini mengadakan bengkel Young Employable Students (YES!) pertamanya untuk tahun 2023 dengan pendekatan kerjasama silang ke arah meningkatkan kebolehpasaran bakat tempatan dalam perubahan landskap pekerjaan.

Program YES! 2023 dirasmikan oleh YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia merupakan inisiatif TalentCorp yang selaras dengan pelan strategik Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menekankan kepentingan pembangunan modal insan, termasuklah memupuk dan memperkasa TVET sebagai pilihan utama pelajar dan industri. Manakala bengkel yang diadakan pada hari ini merupakan pembuka tirai bagi program-program yang akan dijalankan dibawah inisiatif YES! bagi tahun 2023.

Sejajar pembentangan bajet 2023 oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim serta merangkul aspirasi Malaysia MADANI, TalentCorp menyokong inisiatif KSM sebagai peneraju pembangunan modal insan negara serta proses pemerkasaan TVET di atas kapasiti KSM sebagai Sekretariat Majlis TVET Negara.

Gambar berkumpulan sebagai kenangan para peserta Bengkel YES! 2023 bersama YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia.


Bengkel yang diadakan selama satu hari secara persidangan empat mata tersebut, melibatkan lebih 100 delegasi daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institusi TVET serta penglibatan pihak industri berkepentingan. Ia adalah usaha untuk menyokong bakat muda Malaysia dalam mencapai kebolehpasaran pekerjaan.

Sejak ia diperkenalkan, lebih 30,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada inisiatif YES! Menjelang tahun 2023, TalentCorp akan mengekalkan usaha untuk melibatkan diri dengan lebih ramai pelajar, dengan tumpuan khusus kepada bakat TVET di seluruh negara. TalentCorp akan bekerjasama dgn Sekretariat Majlis TVET menerusi program YES! untuk memupuk bakat TVET di seluruh negara.


Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad
27 Februari 2023


IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup