SEARCH
TalentCorp Menganjurkan Sesi Dialog Untuk Menangani Ketakpadanan Bakat dan Merapatkan Jurang Pertumbuhan Ekonomi di Sabah

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp dan Peserta Dialog Industri-Academia Sabah oleh TalentCorp.

KOTA KINABALU, 10 Oktober – Dalam usaha untuk terus mengukuhkan dan memperkasakan landskap tenaga kerja di Sabah, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) menganjurkan sesi dialog dan sesi ramah mesra bersama YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Sesi tersebut disertai 75 profesional daripada industri dan akademia yang berpangkalan di Sabah.

Sesi tersebut bertemakan "Sabah Maju Jaya: Penyelarasan Ekosistem Bakat dengan Pertumbuhan Ekonomi" bertujuan untuk mengambil maklum balas secara keseluruhan daripada pelabur untuk menyokong pembangunan ekonomi Sabah dan pelaburan yang akan datang. Maklum balas daripada perbincangan itu akan disalurkan kepada pihak Kerajaan bagi membentuk strategi dan melaksanakan inisiatif untuk pertumbuhan dan kemakmuran Sabah.

Semasa ucaptamanya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud memuji usaha TalentCorp dalam menyediakan platform kepada pihak berkepentingan yang memainkan peranan aktif dalam memperkukuh landskap bakat Malaysia khususnya perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara pada 2024.

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia memberi Ucaptama sewaktu Perasmian Sesi Dialog Industri-Akademia Sabah

“Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan pindaan undang-undang komprehensif kepada Ordinan Buruh Sabah untuk menjadikannya lebih progresif, adil dan saksama. Ia akan menjaga kebajikan seramai 187,000 majikan dan lebih 2 juta pekerja di Sabah,” katanya.

"Kementerian turut melihat keutamaan pembangunan kemahiran, di mana TVET merupakan ‘game changer’ Negara yang menetapkan hala tuju untuk masa depan yang mampan dan inklusif dalam membina tenaga kerja masa depan serta penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi ke arah negara berpendapatan tinggi."

Beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah (SLAC), satu inisiatif kerjasama antara kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dan Kementerian Sumber Manusia.

“SLAC berfungsi sebagai platform untuk menyalurkan pandangan, memberi nasihat, dan memberikan cadangan berkaitan hal ehwal perburuhan serta membawa kepada dasar dan perundangan yang lebih sesuai untuk Sabah. Matlamat kami adalah untuk menyatukan semua pihak dalam usaha ke arah visi bersama, menghapuskan sebarang kelewatan atau lebihan kerja, dan SLAC akan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat ini,” tambahnya.

Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp memberikan ucapan alu-aluan semasa Sesi Dialog Industri-Akademia Sabah

Sesi Dialog anjuran TalentCorp merupakan salah satu daripada usaha-usaha berterusan di negeri ini, termasuk bengkel Kerjasama Industri-Academia (IAC) mengikut wilayah yang diadakan baru-baru ini dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah dan Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp berkata bahawa dapatan daripada Bengkel IAC Sabah TalentCorp baru-baru ini mendedahkan bahawa lebih banyak boleh dilakukan untuk memetakan dan menyenaraikan semula keperluan bakat mengikut keutamaan tinggi Sabah, dan menghubungkannya dengan bekalan tenaga kerja tempatan yang tersedia dari universiti, politeknik dan institusi vokasional.

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp semasa Dialog Industri-Akademik Sabah.

“Menerusi dialog ini dan input yang kami perolehi daripada kedua-dua industri dan akademik, kami menyasarkan untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja, meningkatkan kemahiran teknikal dan digital melalui latihan dalam kerja, meningkatkan penyertaan dalam TVET dan pendidikan tinggi, dan meningkatkan akses kepada bakat dan pekerjaan serta peluang di Sabah," tambahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif TalentCorp, sila layari https://www.talentcorp.com.my

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

10 November 2023

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup