SEARCH
TalentCorp Menganjurkan Konvensyen Kerjaya Wanita 2023 Bagi Menangani Isu Ketidakseimbangan Jantina

Para penceramah WCC 2023, dari kiri, Tehmina Kaoosji - Wartawan Astro Awani yang juga Rakan Kongsi serta Pengarah Komunikasi The Big Picture (TBP) Sdn Bhd, Johary Mustapha, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Forest Interactive, Michele Manigart, Ketua Pegawai Strategi SEEK Asia, Nadira Yusoff, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Anne Abraham, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengerusi LeadWomen.

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa kadar penyertaan tenaga kerja wanita berada pada tahap 56.2 peratus pada suku tahun kedua 2023 berbanding penyertaan tenaga kerja lelaki pada kadar 82.8 peratus. Ia jelas menunjukkan bahawa wujud jurang tenaga kerja yang ketara dalam kalangan jantina di Malaysia.

Sebagai respon terhadap ketidakseimbangan jantina dalam tenaga kerja, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengambil tindakan proaktif dengan menganjurkan Konvensyen Kerjaya Wanita (WCC) 2023, yang telah diadakan pada 21 Oktober 2023. WCC berusaha untuk memperkasakan wanita untuk mencapai matlamat profesional disamping mewujudkan tempat kerja yang menghargai nilai kepelbagaian dan keterangkuman.

Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat TalentCorp, berkata, “TalentCorp berazam utnuk mencapai kadar penyertaan tenaga buruh wanita sebanyak 60 peratus, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 dan pengumuman Bajet 2024 baru-baru ini, serta sejajar dengan matlamat Alam Sekitar, Sosial, Malaysia, dan Tadbir Urus (ESG) pada- tahun 2030. Bagi menyokong usaha ini, kami menggalakkan lebih ramai wanita kembali menyertai tenaga kerja melalui Program Kembali Bekerjaya (CCP) yang telah menerima lanjutan insentif cukai sehingga 2027 bagi wanita yang kembali bekerja selepas rehat kerjaya.”

“Penganjuran Edisi kedua WCC 2023 ini bukan sajaha menggalakkan wanita untuk kembali bekerja, ia turut menyokong bakat dalam kalangan pesara dan warga emas yang masih boleh memberikan sumbangan besar kepada ekonomi,” tambahnya.

Puan Hajah Mahuran Saro Dato' Haji Sariki, Naib Presiden Group Research, Development & Policy, And Malaysian Professional Talent memberikan Ucapan Alua-Aluannya. 

Penganjuran kali ini telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 400 peserta secara fizikal dan lebih 800 peserta secara dalam talian termasuklah wanita, warga emas, dan golongan profesional dari pelbagai latar belakang. Perhimpunan ini menjadi peranan penting mereka dalam pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Ia mengukuhkan lagi ideologi bahawa setiap wanita mempunyai potensi untuk berjaya dan peluang yang sama dalam pilihan kerjaya mereka.

WCC 2023 telah membuka peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan lebih 60 majikan yang menawarkan lebih 400 jawatan kosong serta menyediakan platform untuk pencari kerja dalam kalangan wanita dan pesara.

Puan Tehmina Kaoosji, Wartawan Astro Awani yang juga Rakan Kongsi dan Pengarah Komunikasi The Big Picture (TBP) Sdn Bhd, memuji usaha TalentCorp. “Acara itu menyediakan pelbagai aktiviti dan peluang yang bertujuan untuk merapatkan jurang jantina dalam tenaga kerja serta meningkatkan keyakinan wanita untuk menyumbang kepada ekonomi negara.”

Para peserta WCC 2023 sedang mendengar sesi perkongsian dariapda penceramah jemputan

Puan Sarah Seth, Peserta WCC 2023 yang juga bekas jurutera, berkata, "Penganjuran WCC kali kedua oleh TalentCorp ini telah memberikan saya pengalaman dan ilmu yang berharga, daripada penulisan resume sehinggalah meningkatkan penampilan profesional saya. Strategi yang disediakan juga telah mempersiapkan saya untuk kembali berjaya dalam tenaga kerja."

Konvensyen Kerjaya Wanita 2023 bersedia untuk mengorak langkah ke arah memupuk kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita di tempat kerja.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.womencareerconvention.com atau www.talentcorp.com.my/careercomeback

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

26 Oktober 2023

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup