SEARCH
TalentCorp Mengadakan Dialog Industri Untuk Menangani Cabaran Dalam Ekosistem Bakat Malaysia

YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia bersama Ahli InTAC and MyLead TalentCorp.


KUALA LUMPUR, 7 Mac - Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) hari ini mengadakan Dialog Bersama Industri dengan bertemakan “Malaysia Madani: Menangani Cabaran Dalam Ekosistem Bakat” yang dihadiri oleh 20 Pemimpin Industri daripada sektor swasta.

Sesi dialog yang dipengerusikan oleh YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada Ahli Majlis Industry-Talent Advisory Council (InTAC) TalentCorp serta TalentCorp Malaysia Global Talent Advisory Group (MyLead), dimana ke dua-dua kumpulan ini menghimpunkan pemain industri dan ekspatriat dalam usaha meningkatkan pembangunan negara ke arah ekosistem bakat Malaysia yang lebih kukuh.

YB Tuan V. Sivakumar, di dalam ucapan aluanya menyeru agar sektor awam dan swasta bekerjasama untuk mengenal pasti dan menangani cabaran serta mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada industri dan rakyat.

“Kita menghadapi pelbagai cabaran dari aspek kemajuan teknologi yang pesat, pengangguran, ketidakpadanan kemahiran, isu takungan gaji, diskriminasi, tenaga kerja yang meningkat usianya serta perlindungan sosial, dan itu merupakan sebahagian daripadanya,” katanya.

Beliau turut menambah, “Sebagai Menteri yang bertanggungjawab menyelia pembangunan pasaran buruh dan ekosistem bakat Malaysia, saya percaya bahawa kita mempunyai kewajipan untuk mewujudkan persekitaran yang memupuk nilai inovasi, kerjasama dan perkembangan.”

Dialog antara industri bersama Menteri Sumber Manusia yang diadakan tersebut selaras dengan 6 tonggak Malaysia MADANI yang menyaksikan perbincangan selama dua jam di mana ia membincangkan kepentingan dalam merapatkan jurang kemahiran, menyelaras pendidikan dengan keperluan industri, mewujudkan pekerjaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, dan meningkatkan kerjasama awam dan swasta terutamanya dalam usaha memupuk bakat TVET.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Encik Thomas Mathew optimis bahawa penglibatan berterusan melalui dialog seperti ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan tenaga kerja mahir yang memenuhi permintaan ekonomi global yang berubah pantas.

“Dialog ini merupakan medium antara Industri dan Kerajaan dalam menambah baik dasar bagi memperkukuh ekosistem bakat. Ia juga membantu kerajaan mendapatkan maklum balas daripada industri untuk meningkatkan bakat negara dan merapatkan jurang antara bakat dan keperluan industri,” katanya.

Ahli InTAC TalentCorp terdiri daripada 15 orang ahli yang menghimpunkan pemimpin industri yang berfungsi sebagai jambatan untuk menghubungkan Kerajaan dan industri serta pihak berkepentingan. Manakala ahli MyLead TalentCorp pula, dianggotai oleh 9 ahli semasanya yang menghimpunkan golongan ekspatriat profesional dari aspek perancangan tindakan dalam usaha utnuk meningkatkan pembangunan negara serta isu-isu yang menjejaskan kemudahan dan pengekalan bakat ekspatriat berkemahiran tinggi di Malaysia.


Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad
7 March 2023


IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup