SEARCH
TalentCorp Membawa Pulang Anugerah Juara Produktiviti Yang Mencerminkan Komitmen Cemerlang Dalam Memudahcara Syarikat

Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp bersama Puan Sabihah Ahamad, Naib Presiden Kanan, Operasi MYXpats memegang anugerah Juara Produktiviti MPC


KUALA LUMPUR, 31 Mei – Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dengan bangganya mengumumkan bahawa Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat tersebut telah merangkul anugerah Juara Produktiviti (Productivity Champion (Leader)) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Anugerah tersebut telah disampaikan pada Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Produktiviti, yang diadakan sempena mesyuarat badan induk Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ke-66, yang terdiri daripada 20 wakil negara anggota.

Anugerah Juara Produktiviti tersebut telah disampaikan oleh Datuk Kamaruzzaman Johari, Pengerusi MPC untuk mengiktiraf sumbangan penting TalentCorp kepada peningkatan produktiviti negara melalui kejayaan pelaksanaan projek di bawah Kumpulan Kerja Teknikal Modal Insan (TWGHC).

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia (KESUMA) turut menzahirkan ucapan tahniah kepada TalentCorp di atas pencapaian mereka serta menekankan bahawa pengiktirafan ini menjadi contoh teladan kepada semua warga kerja kementerian dan agensinya untuk mengekalkan momentum produktiviti dan komited dalam mencari penyelesaian yang inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan mereka.

"TalentCorp telah melancarkan beberapa inisiatif yang membantu memudahkan syarikat di Malaysia. Ini penting kerana ia membantu meningkatkan keyakinan syarikat-syarikat serta keterjaminan perniagaan mereka di Negara ini dengan proses yang direka bentuk untuk menyokong operasi mereka. Usaha ini menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara, dengan dasar dan inisiatif yang meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan, perniagaan dan perdagangan,” katanya.

Encik Thomas Mathew, CEO TalentCorp, bersama YM Ungku Joha Ungku Mohamad, Pengarah Bahagian Khidmat Ekspatriat (ESD), Jabatan Imigresen Malaysia dan Puan Sabihah Ahamad, Naib Presiden Kanan, Operasi MYXpats bersama pemenang anugerah yang lain.


Anugerah itu menunjukkan keberkesanan hubungan kerjasama antara TalentCorp, MPC, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam memacu inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mesra perniagaan. Inovasi terkini termasuk penubuhan platform Xpats Gateway platform sehenti melalui PEMUDAH, yang meletakkan 26 agensi ke dalam satu platform untuk pemprosesan yang lebih cekap dalam pengurusan ekspatriat. Inisiatif lain termasuk pengesahan dokumen atas talian dan pembayaran atas talian untuk perkara berkaitan ekspatriat, penghantaran pas yang diluluskan, dan penubuhan Pusat Satelit Ekspatriat (ESC) di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk memudahkan pengeluaran pas segera.

Usaha dan inovasi ini diunjurkan telah menjimatkan dana yang berjumlah RM300 juta atas syarikat-syarikat di Malaysia dari November 2021 hingga sekarang.

Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, menzahirkan rasa terima kasihnya kepada jawatankuasa anugerah MPC atas pengiktirafan tersebut. Beliau menyatakan bahawa ia adalah satu pencapaian yang membanggakan dan ia merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi TalentCorp untuk memastikan semua mandat dan amanah daripada KESUMA dan Kerajaan Malaysia ditunaikan dengan sebaik mungkin.

"Ia bukan perjuangan saya seorang. Saya mempunyai sebuah pasukan yang berdedikasi dan menyokong Kumpulan TalentCorp dengan sepenuh hati untuk memastikan tenaga kerja dan ekonomi negara terus maju," katanya.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan kami di KESUMA, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Perbadanan Produktiviti Malaysia untuk memberi manfaat kepada negara dan menggalakkan pertumbuhan ekonominya,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan TalentCorp, sila layari www.talentcorp.com.my

Issued by Talent Corporation Malaysia Berhad

31 Mei 2024

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup