SEARCH
TalentCorp Memanfaatkan Kepakaran Tempatan di Luar Negara Dengan Dana Untuk Persidangan Bersama Penyelidik Malaysia Yang Berpangkalan di Tokyo

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia bersama Diaspora Malaysia di Jepun dalam Program Salam Dari Malaysia di Tokyo

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), terus komited melalui inisiatif Malaysia at Heart (MyHeart) yang menyediakan platform untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia untuk menyumbang kepada pembangunan negara tanpa mengira lokasi mereka.

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA telah mengumumkan bahawa TalentCorp akan menjadi rakan kongsi strategik dalam Persidangan Malaysia-Japan Visionaries Conference 2024 (MJVC2024) akan datang semasa berucap dalam program 'Salam Dari Malaysia' anjuran agensi tersebut menerusi inisiatif MyHeart baru-baru ini di Tokyo, yang telah dihadiri lebih 180 rakyat Malaysia di Jepun.

Ia merupakan kerjasama pertama melalui inisiatif MyHeart di Negara Matahari Terbit itu dan TalentCorp akan menyediakan geran sejumlah ¥1,000,000.00 (bersamaan dengan RM30,000.00) untuk memastikan kejayaan persidangan tersebut. Selain itu, TalentCorp turut akan memperuntukkan dermasiswa RM50,000.00 untuk membantu sehingga 20 penyelidik Malaysia untuk menyertai persidangan di Tokyo itu nanti.

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia menyampaikan Geran TalentCorp kepada Dr. Amy Poh Ai Ling, Profesional Malaysia yang kini menetap di Jepun


“Dalam pasaran global hari ini, bakat yang terbaik, terutamanya rakyat Malaysia, akan cemerlang di mana sahaja mereka berada. Melalui MyHeart, KESUMA komited untuk membangunkan bakat Malaysia di luar negara, supaya mereka boleh menyumbang kepada pertumbuhan negara dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Modal insan negara kita yang berada di seluruh dunia adalah aset yang amat berharga dan KESUMA berdedikasi untuk memupuk aset ini untuk kebaikan yang lebih besar buat Negara,” kata YB Menteri Sumber Manusia.

MJVC2024 akan dianjurkan oleh sepasukan 45 penyelidik dari Malaysia dan Jepun dan diketuai oleh Dr. Amy Poh Ai Ling yang merupakan warganegara Malaysia, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, serta mempunyai kelayakan dwi Ph.D. Dr. Amy Poh kini menetap di Tokyo bersama keluarganya dan komited untuk memajukan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan di Malaysia dan Jepun.

YB Steven Sim Chee Keong turut menyatakan bahawa “Secara peribadi, inilah yang dimaksudkan dengan program untuk diaspora iaitu MyHeart. Dalam setiap sesi, MyHeart menawarkan lebih daripada sekadar peluang untuk berhubung dengan rakyat Malaysia di luar negara, tetapi ia adalah peluang untuk berbincang dan melibatkan diri dalam kerjasama untuk menjalankan projek mereka. Ia akan mewujudkan hasil yang ketara serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Malaysia dan Negara serta mengubah naratif ‘Brain Gain’ yang sebenar,”.

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia bersama Komuniti Malaysia di Jepun


Pada majlis itu, TalentCorp yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Encik Thomas Mathew, turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Japan Graduates Association of Malaysia (JAGAM) dan Malaysian Students' Association Japan (MSAJ). Perjanjian ini bertujuan memperkukuh inisiatif TalentCorp, termasuk MyHeart dan Ilham KESUMA Antarabangsa, melalui peningkatan kerjasama dengan persatuan komuniti rakyat Malaysia yang aktif di Jepun.

Encik Thomas Mathew turut menekankan bahawa sebelum ini usaha TalentCorp dalam ruang diaspora tertumpu untuk memudahkan kepulangan rakyat Malaysia ke dalam Negara, namun melihatkan kepada potensi mereka untuk menyumbange dengan bermakna kepada dari aspek pengetahuan dan kepakaran mereka, peranan itu telah berkembang serta akan memanfaatkan semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara.

“Dengan menjadi rakan kongsi strategik untuk inisiatif yang bermakna seperti MJVC2024, kami ingin menegaskan bahawa TalentCorp akan terusa menyokong rakyat Malaysia di luar negara untuk komited dan menggerakkan projek yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia. Itulah intipati sebenar MyHeart,” katanya.

Turut hadir pada majlis Salam Dari Malaysia itu, H.E. Dato' Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Jepun; Dato’ Sri Khairul Dzaimee Bin Daud, Ketua Setiausaha KESUMA; Dato' Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO; Datuk Wira Shahul Dawood, CEO HRD Corp; dan Nazrul Aziz, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan TalentCorp.

Untuk maklumat lanjut berhubung Inisiatif MyHeart, sila layari, www.myheart.my

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

1 Jun 2024

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup