SEARCH
TalentCorp lebar operasi di Pulau Pinang, menawarkan khidmat lebih baik di wilayah Utara

En. Murali Velautham, Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp (di tengah), En. Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp (di tengah kanan) bersama En. Soori Bapoo Kuandiah, Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp (di tengah kiri), En. Paul Devaraj Michael, En. Paul Devaraj Michael, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Dasar, Kementerian Sumber Manusia (di kanan), dan En. Mohd Razip Bin Yasin, Ketua Unit Pas, Bahagian Khidmat Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia (di kiri).


PULAU PINANG, 28 MAC: Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) melebarkan operasinya di Pulau Pinang sebagai langkah memperkukuh kedudukannya di utara Malaysia.

Pejabat baharunya itu terletak di bangunan One Precinct di Bayan Baru, ini merupakan cawangan pertama TalentCorp di luar Lembah Klang.

TalentCorp adalah sebuah agensi kebangsaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diberi mandat untuk memacu strategi bakat di Malaysia.

Majlis pembukaan pada 28 Mac 2022 lalu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew yang turut dihadiri ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan, termasuk wakil industri.

"Kami sangat teruja dengan peluang untuk berkembang di Pulau Pinang, selain melebarkan sayap di Kedah, Perlis dan Perak," kata Mathew sewaktu majlis pembukaan tersebut.

"Pejabat baharu TalentCorp dan MYXpats di Bayan Baru akan berperanan sebagai penghubung kolaborasi dengan majikan untuk inisiatif juga program yang bakal memberi manfaat kepada ekosistem bakat di negara ini.”

Kewujudan MYXpats di Pulau Pinang juga menyasarkan untuk menambah baik masa pemprosesan bagi perkhidmatan di rantau itu.

Pejabat baru ini berperanan sebagai ibu pejabat TalentCorp, MYXpats dan MYNext di utara adalah bukti kejayaan TalentCorp sejak mula beroperasi di Pulau Pinang pada tahun 2014.

Pada waktu itu, ia hanya diwakili oleh seorang pekerja sahaja, tetapi selepas lapan tahun, terus berkembang teguh dan bekerjasama dengan pemain utama pelbagai industri.

Menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dijangka mencapai pertumbuhan KDNK serantau sebanyak 6.5 peratus hingga 6.9 peratus pada 2022 yang mampu mewujudkan 30,573 pekerjaan baharu untuk rakyat.

Hasil pertumbuhan ini, TalentCorp berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya di utara dengan menyediakan perkhidmatan kepada syarikat yang memerlukan maklumat dan bantuan mengenai inisiatifnya serta membantu mereka sehingga berjaya.


En. Murali Velautham, Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp (di tengah), En. Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp (di tengah kanan) bersama En. Soori Bapoo Kuandiah, Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp (di tengah kiri), En. Paul Devaraj Michael, En. Paul Devaraj Michael, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Dasar, Kementerian Sumber Manusia (di kanan), dan En. Mohd Razip Bin Yasin, Ketua Unit Pas, Bahagian Khidmat Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia (di kiri) di majlis pelancaran pejabat TalentCorp & MYXpats baharu di Bayan Baru, Pulau Pinang.


TalentCorp di Utara

Sejak mula melebarkan sayap ke wilayah Utara tujuh tahun lalu, TalentCorp berusaha mewujudkan rangkaian dan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam sektor awam mahupun swasta.

TalentCorp bekerjasama dengan agensi-agensi negeri seperti Invest Penang, Invest Kedah dan Penang Women’s Development Corporation (PWDC). Selain itu, TalentCorp juga telah mengadakan Kerjasama Industri-Akademia dengan Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Kuala Lumpur (Kedah) dan Universiti Utara Malaysia.

TalentCorp juga berhubung rapat dengan persatuan seperti Kulim Industrial Tenants Association (KITA), Free Industrial Zone Pulau Pinang, Companies' Association (FREPENCA), Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC) serta Penang Skills Development Centre (PSDC) dan pada masa yang sama mencipta nama di lokasi berikut:

● Kulim Hi-Tech Park
● Sungai Petani SME industrial area
● Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Kedah Perlis
● FMM Penang
● Bayan Lepas Free Industrial Zone
● Batu Kawan Industrial Park

En. Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp


Perkhidmatan teras

TalentCorp menawarkan pelbagai perkhidmatan yang direka untuk membantu sektor swasta mahupun awam untuk menarik, memupuk dan mengekalkan bakat yang terbaik serta menepati keperluan industri. Ini termasuklah:

• Khidmat MYXpats; seperti Pas Pekerjaan, Pas Lawatan Profesional, Pas Pemastautin dan Pas yang berkaitan
Residence Pass-Talent; visa yang boleh diperbaharui selama 10 tahun kepada ekspatriat berkelulusan tinggi untuk tinggal dan bekerja di Malaysia
Program Kepulangan Pakar; insentif untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan profesional untuk membawa balik kepakaran, set kemahiran dan kebolehan antara-budaya untuk kebaikan negara
mynext; satu penyelesaian bakat sehenti bersepadu dan platform untuk menyokong inisiatif pembangunan bakat
Program Latihan Industri Berstruktur; insentif cukai berganda untuk majikan melatih pekerja tempatan dengan menyediakan latihan amali yang bermakna dan relevan
Program Kembali Bekerjaya; khidmat nasihat, bengkel pembelajaran dan peluang pekerjaan untuk menyepadukan semula wanita ke alam kerjaya
Potongan Cukai Bagi Kos Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel; insentif untuk pekerja yang melaksanakan pengaturan kerja fleksibel dalam organisasi mereka
Amalan Keseimbangan dan Kehidupan; mempromosikan integrasi kehidupan kerja yang lebih baik untuk masa depan kerja, tempat kerja dan tenaga kerja melalui bengkel, khidmat nasihat serta sumber
Kerjasama Industri-Akademia; program untuk merapatkan jurang antara industri dan universiti untuk menawarkan bakat yang bersedia menembusi pasaran kerja

Dengan kewujudan pejabat baharu di Bayan Baru ini, TalentCorp berharap dapat memberi khidmat lebih baik di wilayah utara Malaysia, bukan sahaja membantu sektor swasta dan awam membina pertumbuhan mereka sendiri, tetapi juga membolehkan Malaysia mencapai aspirasi ekonominya.

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad
8 Mac 2022


IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup