SEARCH
TalentCorp Lancar Sidang Kemuncak Kepelbagaian Nasional Dan Konvensyen Kerjaya Wanita 2022

Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp mengalu-alukan para hadirin ke Sidang Kemuncak Kepelbagaian Nasional dan Konvensyen Kerjaya Wanita (NDSxWCC) 2022.


KUALA LUMPUR, 15 OGOS - Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) hari ini melancarkan Sidang Kemuncak Kepelbagaian Nasional dan Konvensyen Kerjaya Wanita (NDSxWCC) 2022 secara hibrid. Sidang Kemuncak tersebut bertujuan menghimpunkan bakat-bakat Malaysia. Ia merupakan usaha berterusan agensi ini dalam memupuk, mengekal dan menarik minat lebih ramai bakat terbaik tanpa mengira jantina disamping memenuhi keperluan industri.

Sidang kemuncak ini dirasmikan oleh Tuan A. Maniam, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa yang mewakili YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan diiringi Exco Pembangunan Sosial & Hal Ehwal Bukan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Puan Chong Eng di Hotel Eastin, Pulau Pinang dan akan berlangsung selama dua (2) hari bermula 15 Ogos 2022 hingga 16 Ogos 2022 menerusi platform virtual dan fizikal.

Datuk Seri M. Saravanan berkata, Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia akan terus menyokong agenda pemerkasaan wanita seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang menyasarkan 59% penyertaan wanita dalam pasaran buruh menjelang 2025.

“Usaha yang diterajui oleh TalentCorp adalah signifikan dalam memenuhi komitmen negara di bawah Matlamat Pembangunan Mampan, terutamanya untuk mencapai kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita,” katanya semasa majlis pelancaran di Hotel Eastin di Pulau Pinang.

Majlis perasmian NDSxWCC 2022 TalentCorp disempurnakan oleh Tuan A. Maniam, Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi & Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia (tengah kanan) diiringi oleh YB Puan Chong Eng, Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Pulau Pinang (tengah), bersama Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp (tengah kiri), ahli-ahli lembaga pengarah TalentCorp, serta wakil-wakil jawatankuasa NSDxWCC 2022 dari syarikat Micron Memory Malaysia, Keysight Technologies, Penang Women Development Corporation, Motorola Solutions Malaysia, Intel Malaysia, dan Dell Technologies Malaysia.


Beberapa siri perbincangan dan bengkel disediakan untuk acara ini dengan menampilkan penceramah daripada Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Intel Malaysia, Dell Technologies, Micron Memory Malaysia, Keysight Technologies, Motorola Solutions Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Encik Thomas Mathew, berkata, “Matlamat kami adalah untuk memastikan pasaran buruh Malaysia bebas daripada diskriminasi dan ia sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kami berharap syarikat-syarikat di Malaysia akan terus meningkatkan usaha dan komitmen mereka dalam pembangunan tempat kerja dan tenaga kerja yang mengutamakan kepelbagaian, keterangkuman dan kesaksamaan.”

NDSxWCC 2022 yang julung kali diadakan ini, menampilkan pameran kerjaya hibrid dengan penyertaan 60 syarikat yang menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada bakat Malaysia. Syarikat yang mengambil bahagian termasuk Berjaya Sompo Insurance, Colas Rail Asia, EY, Experian Malaysia, First Solar Malaysia, Frost & Sullivan, Grant Thornton Malaysia, Hong Leong Bank, KPMG Malaysia, MBSB Bank, Mitsubishi Motors Malaysia, Public Mutual Berhad, RHB Bank, Rohde & Schwarz Malaysia, Rohm Semiconductor Malaysia, Universiti Tunku Abdul Tahman, Vitrox, Gamuda Berhad, and Exxonmobil Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program NDSxWCC 2022 ini, Sila layari www.talentcorp.my/WCC2022-Registration.


Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad
15 Ogos 2022


IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup