SEARCH
TalentCorp Lancar Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2022 Dengan #BreakTheBias

TalentCorp menandatangani MoU dengan 5 rakan industri strategik untuk mengukuhkan kerjasama dalam advokasi wanita.
Dari kiri ke kanan: Dr. Sean O. Ferguson, Dekan Bersekutu Kanan, Sekolah Perniagaan Asia; Abir Abdul Rahman, Pengasas Bersama, dan Pengarah LeanIn Malaysia; Izzana Salleh, Ahli Lembaga Pengarah, TalentCorp; Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TalentCorp; Ainul Radziah binti Zamhuri, Timbalan Setiausaha, Bahagian Dasar Kementerian Sumber Manusia; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, LTT Global Communications; Soori Bapoo A/L Kuandiah @ Soorin, Ahli Lembaga Pengarah, TalentCorp; Elizabete Kalnozola, Pengarah Urusan, Girls in Tech Kuala Lumpur; Fazilah Yusof, Pengasas & Ketua Pegawai Visi, Invictus Leadership Consulting.


KUALA LUMPUR, 8 Mac 2022: Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia melalui mandatnya untuk menarik, memupuk dan mengekalkan modal insan serta kepakaran yang terbaik dalam menyokong perjalanan Malaysia ke arah mencapai status negara maju, melancarkan Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2022 bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Bermula 8 hingga 31 Mac, WEM 2022 akan menganjurkan pelbagai webinar dan program untuk meningkatkan kesedaran tentang kesaksamaan jantina.

Program WEM 2022 bersesuaian untuk wanita pelbagai latar belakang, daripada golongan kurang bernasib baik, bakat muda dan baru, golongan profesional dan wanita dalam kumpulan kepimpinan. Acara-acara WEM 2022 disusun untuk wanita dari pelbagai latar belakang, daripada golongan kurang bernasib baik kepada bakat muda dan baru muncul, profesional, dan wanita dalam jawatan kepimpinan.

Ini seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia ke-12 bagi mencapai 59% Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (FLFPR) menjelang tahun 2025 dan meneruskan advokasi TalentCorp untuk wanita dalam tenaga kerja.

Acara perasmian dimulakan dengan TalentCorp menandatangan lima memorandum persefahaman bersama Asia School of Business, Tulips Movement Malaysia, LTT Global Communications, Lean In Malaysia and Girls in Tech Kuala Lumpur. Kerjasama dengan rakan strategik utama ini akan meluaskan usaha bagi memastikan wanita daripada pelbagai latar belakang kehidupan dapat berkembang maju dalam bidang diceburi tanpa berat sebelah di tempat kerja dan bidang pekerjaan.

Majlis tandatangan ini diikuti dengan forum bertajuk “Women Thriving in a Workforce where Unconscious Bias is a Norm” menampilkan panel terkemuka termasuk YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, Pengerusi BERNAMA; Ahmad Faedzal, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara serta Izzana Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp yang juga pengasas bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Girls For Girls International.

YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia berkata kerajaan telah berikrar untuk memajukan potensi ekonomi wanita dan meningkatkan penglibatan mereka dalam pasaran buruh ke arah membina masyarakat yang lebih saksama, pelbagai dan inklusif.

“Melalui Bulan Pemerkasaan Wanita ini, TalentCorp komited untuk memperkasakan dan memupuk wanita dalam tenaga kerja Malaysia dan memberi perhatian yang lebih besar terhadap halangan struktur yang terus dihadapi wanita dalam memasuki dan memajukan diri dalam pasaran buruh,” katanya.

Forum di majlis pelancaran. Dari kiri ke kanan YB Senator Datuk Ras Adiba Razi, Pengerusi BERNAMA; Lim Chee Gay, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan, TDCX; Izzana Salleh, Ahli Lembaga Pengarah, TalentCorp; Ahmad Faedzal, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara; Fazilah Yusof, Pengasas & Ketua Pegawai Visi, Invictus Leadership Consulting.


Selari dengan tema #BreakTheBias sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, TalentCorp menjemput penyokong wanita dan pakar industri memberi fokus terhadap pelbagai segmen bakat wanita daripada graduan hingga profesional termasuk diaspora Malaysia.

Fokus topik termasuk gangguan tempat kerja, menangani stigma yang dikaitkan dengan menjadi ibu tunggal dan kesejahteraan kesihatan mental.

Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp berkata, “Dengan berpandukan Kementerian Sumber Manusia, TalentCorp memperjuangkan masa depan kerja yang lebih saksama untuk semua rakyat Malaysia dan WEM 2022 adalah bukti semangat kami untuk isu ini.

“Pada tahun lalu, TalentCorp telah mengiatkan semula Program Kembali Bekerjaya bukan hanya merangkumi wanita yang kembali bekerja. Kini TalentCorp bukan sahaja mempermudahkan wanita mendapatkan kembali pekerjaan tetapi juga mendekati bakat wanita muda melalui program YES! Rock the School and YES! Wo+men untuk berkongsi tentang kesaksamaan jantina dan bagaimana wanita muda ini boleh menyuarakan pendapat mereka.”

“Kami juga menubuhkan Majlis Pakar Agenda Wanita (WACE) di mana pakar berkumpul untuk mengusahakan inisiatif bagi menyokong tenaga kerja wanita Malaysia,” katanya.

Acara WEM 2022 selama sebulan ini akan menampilkan antaranya Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC); Dato’ Thavalingam C. Thavarajah, Pengarah Urusan T.Thavalingam & Co; Dr. Khairul Ayuni, Pensyarah Perakaunan dari Loughborough University, UK; Amy Chua, Presiden Asia Schlumberger; dan Sabrina Aripen, Presiden dan Pengasas Society for Equality, Respect And Trust for All (SERATA).

Antara yang menarik di WEM 2022 termasuklah:

• Career Comeback Programme Webinar: Enhancing Your Personal Branding
• Webinar: Workplace Harassment - Finding the Courage to Speak Up
• Webinar: Empowering Single Parents - Finding Your Strength
• Webinar: Women in Leadership
• Webinar: Are you MAN enough to work with an empowered woman?
• Conference: Diaspora Realities: Braving Challenges as a Malaysian in a Foreign Land
• Programme: Women-Industry Network (WIN) Mentoring Programme

WEM 2022 adalah percuma untuk semua. Bagi menyertai layari www.talentcorp.my/womenempowermentmonth


Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad
8 Mac 2022


IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup