KUALA LUMPUR, 6 Mac 2014 – Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) menganjurkan acara Jalinan Kerja Untuk Kembali Berkerjaya (Career Comeback Networking) hari ini di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama acara sedemikian diadakan untuk mengumpulkan para wanita yang berpotensi untuk kembali bekerja dengan bakal majikan yang menawarkan peluang kerja fleksibel bagi membolehkan kaum wanita mengimbangi komitmen peribadi dan profesional mereka.
Disokong oleh myStarjob.com dan Program HEARTS Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), inisiatif tersebut mendokong usaha Kerajaan untuk meningkatkan peratusan penglibatan pekerja wanita kepada 55% menjelang 2015 melalui proses menarik dan mengekalkan wanita yang berkelayakan tinggi dalam tenaga kerja.
Menurut tinjauan ACCA-TalentCorp, Mengekalkan Wanita dalam Tenaga Kerja 2012, 93 peratus responden wanita yang berhenti kerja sementara telah menilai semula untuk kembali bekerja. Bagaimanapun, 63 peratus daripada mereka merasakan sukar untuk melakukannya.
“Para majikan di Malaysia boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam menarik wanita yang berhenti kerja sementara ini untuk kembali bekerja. Walaupun mereka perlu diberi latihan semula, mereka merupakan kumpulan profesional berbakat yang khidmatnya perlu dimanfaatkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan majikan memerlukan kumpulan modal insan yang lebih besar bagi menyokong pertumbuhan perniagaan mereka,” kata Johan Mahmood Merican, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp.
Bagi menyokong usaha pihak korporat untuk memudahcarakan golongan wanita yang berhasrat untuk kembali bekerja, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan di Invest Malaysia 2012, mengenai pemberian insentif potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan latihan oleh syarikat-syarikat yang mengambil semula bekerja wanita profesional yang berhenti kerja sementara. Di samping itu, HRDF telah memulakan program meningkatkan kemahiran bagi melancarkan proses untuk wanita tersebut kembali bekerja.
Hampir 30 syarikat telah mengambil bahagian dalam acara Jalinan Kerja tersebut seperti Accenture Malaysia, Astro, CIMB Group, Dell Malaysia, IBM Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank), PwC, Royal Selangor, Shell Malaysia, Sunway Group dan Taylor’s Education Group.
“Malaysia untuk mempercepatkan matlamatnya dalam merealisasikan ekonomi berpendapatan tingg perlu mengekalkan tenaga kerja wanita yang berkepakaran tinggi didalam pasaran. Program ‘Talent Sourcing’ Maybank dapat mengenalpasti kepakaran para kumpulan wanita yang ingin kembali bekerja dengan mengikuti susulan daripada proses tapisan pengalaman mereka bekerja. Acara kali ini membuka peluang pihak kami berjumpa dengan ramai wanita yang ingin mendalami peluang untuk kembali berkerja,” kata Puan Nora Manaf, Ketua, Modal Insan Kumpulan, Maybank.
Acara tersebut, yang menarik kira-kira 300 orang wanita yang berhenti kerja sementara, telah memberikan mereka lebih kefahaman dalam landskap pengambilan kerja melalui perkongsian ilmu oleh pihak majikan sendiri mengenai pengaturan kerja fleksibel yang sediaada dan juga tip-tip untuk kembali bekerja.
Pihak majikan yang menyampaikan ucapan di acara tersebut ialah Lim Sue Chuen, Penolong Pengurus Besar – Pembangunan Organisasi, Sunway Group; Prema Arumugam, Perunding Pencarian Eksekutif bagi Asia-Pacifik, IBM Malaysia; dan Pun Tian Pouw, Prinsipal Korn/Ferry International, yang merupakan Penasihat Kepelbagaian bagi TalentCorp.
Para peserta juga berpeluang untuk mendengar pengalaman daripada wanita yang telah kembali bekerja dengan jayanya ke dalam bidang pekerjaan seperti Vinnie Raviraj dari Convergys SEA Malaysia; dan Sonia Gomez dari Taylor’s Education Group.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.flexWorkLife.my