SEARCH
TalentCorp dan PTPK Menaja Lebih 900 Pekerja untuk Dinaik Taraf Berdasarkan Keperluan Industri

YB Tuan V. Sivakumar menyampaikan ucapan perasmian pada pelancaran Industry-Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP)

SHAH ALAM, 26 Jun – Sebagai respon terhadap permintaan yang semakin meningkat bagi pekerja mahir dalam sektor ekonomi Malaysia, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bekerjasama untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula lebih 900 pekerja berdasarkan keperluan industri.

Inisiatif bersama yang dipanggil Industry-Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP) tersebut akan melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh industri seperti mekatronik, kejuruteraan elektrik dan elektronik, analisis data dan IT.

Dalam majlis pelancaran inisiatif tersebut, Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V. Sivakumar menyeru agar majikan mengambil langkah proaktif dalam mempercepatkan laluan kerjaya pekerja mereka, supaya mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja yang sentiasa berubah.

“Kerjasama antara TalentCorp dan PTPK, yang merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia merupakan tindakan yang tepat pada masanya bagi memastikan kesediaan tenaga kerja Negara berkemahiran serta relevan dengan keperluan industri dan pelaburan,” tambah beliau.

Rangka kerja ID-TAP adalah berdasarkan pendekatan keperluan industri, di mana majikan mengenal pasti kedua-dua kemahiran dan pekerja yang mereka perlukan. Fasa pertama dengan peruntukan dana sebanyak RM7.2 juta yang telah diluluskan oleh PTPK akan memanfaatkan lebih 900 pekerja daripada lebih 100 syarikat di seluruh Malaysia, termasuk Perusahaan Kecil Sederhana. Kini terdapat 10 Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (SSDC) yang memudahcarakan latihan termasuklah Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Johor.

YB Menteri bersama pemain industri yang menyertaiIndustry-Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP)

Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp berkata bahawa rangka kerja ID-TAP adalah contoh bagaimana pemain industri boleh memacu kemahiran dan bakat yang mereka perlukan untuk masa sekarang dan masa hadapan.

“ID-TAP membantu memperkukuh SSDC dalam menyokong industri dari aspek ekosistem tempatan mereka. Ia akan meningkatkan kualiti, kemampuan dan produktiviti pekerja, selain meningkatkan daya saing dalam sektor industri utama,” katanya.

“Dengan mengumpul maklum balas daripada bakat, industri, ahli akademik dan kerajaan, kami dapat menggabungkan sumber dan mengubah kepakaran kami untuk memberi impak yang ketara kepada pembangunan kemahiran bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia,” ujarnya.
Di dalam Majlis Pelancaran yang berlangsung di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC), YB Tuan V. Sivakumar turut menyampaikan sijil kepada 20 wakil dan peserta syarikat ID-TAP.

Encik Mohd Fathullah Bin Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif PTPK merakamkan penghargaan kepada SSDC kerana telah mengambil bahagian yang aktif dalam mendekati majikan untuk menaik taraf pekerja mereka dengan kemahiran dalam permintaan.

“Sambutan daripada majikan adalah positif dan kami akan berbincang untuk membawa ID-TAP kepada kumpulan bakat yang lebih besar, terutamanya penempatan pekerjaan TVET serta peningkatan kemahiran,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif ID-TAP, sila hubungi En Afiq Rosman melalui emel afiq.rosman@talentcorp.com.my, atau sila layari www.ptpk.gov.my atau sila hubungi talian 03-4051 6000.

Dikeluarkan Talent Corporation Malaysia Berhad

26 Jun 2023

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup