SEARCH
Lawatan Rasmi Pertama Menteri Dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Baharu Ke TalentCorp

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia (tengah) bersama Dato' Sri Abdul Rahman bin Hj Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia (dua dari kiri), bersama Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp (dua dari kanan) dan Barisan Kepimpinan TalentCorp

KUALA LUMPUR, 19 Disember – YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia yang baharu dilantik, bersama Timbalannya, YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman dan delegasi Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan lawatan rasmi ke Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu strategi bakat Negara ke arah hub bakat yang dinamik.

Dalam sesi lawatan selama dua jam itu, Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp telah memberikan taklimat mengenai visi agensi dan inisiatif berdasarkan data untuk membina kumpulan bakat tempatan dan global, termasuklah pelajar sekolah, pelajar universiti, graduan, wanita, warga emas, diaspora Malaysia, dan ekspatriat yang berkemahiran tinggi. Beliau turut berkongsi matlamat TalentCorp bagi tahun-tahun yang mendatang dengan penumpuan pada inisiatif yang berfokus mengikut sektor dan dipacu industri.

Menteri dan Timbalan Menteri Sumber Manusia turut melawat Pejabat MYXpats yang merupakan inisiatif bersama antara TalentCorp dan Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sewaktu lawatan tersebut, Menteri dan Timbalan Menteri telah bertemu dengan penerima manfaat program TalentCorp serta pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia yang ditempatkan di MYXpats bagi melancarkan lagi operasi dan kemudahan fasilitasi bakat global berkemahiran tinggi.

YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia mendengar taklimat berkenaan TalentCorp

Dalam ucapan pertamanya kepada pengurusan tertinggi dan warga TalentCorp, YB Steven Sim berkata, "Dunia hari ini semakin berpecah secara geo-politik dengan pasaran yang semakin berkurangan. Sebagai pembuat dasar, perlu untuk kita memahami situasi global untuk terus kekal relevan dan kreatif dalam apa jua yang Negara boleh lakukan untuk dimanfaatkan bagi keuntungan jangka pendek dan pada masa yang sama kita perlu bersedia untuk penyelesaian mampan jangka panjang.

Pemembentukkan gerak laku tenaga kerja masa depan adalah penting melalui inisiatif kebolehpasaran pekerjaan dan latihan kemahiran bagi graduan. Sama pentingnya juga, kita perlu memastikan majikan boleh menerima perubahan dalam pengurusan bakat. Sebagai contoh, dengan menawarkan upah yang lebih kompetitif, pengurusan aturan kerja yang fleksibel, dan peluang peningkatan kemahiran.

Persaingan untuk bakat bukan hanya antara kerajaan dengan kerajaan melalui dasar-dasar negara, tetapi juga antara perniagaan di negara yang berbeza. Proses untuk menarik dan pembangunan bakat memerlukan komitmen dua hala, di mana bukan sahaja bakat kita perlu mahir untuk masa depan, tetapi majikan juga harus bersedia dengan strategi untuk mengekalkan bakat yang dijamin masa depan dan memperbaharui tempat kerja mereka.

YB Steven Sim, Menteri Sumber Manusia sempat beramah mesra bersama kakitangan TalentCorp semasa lawatannya.


Di sini saya melihat TalentCorp secara proaktif memainkan peranan yang amat penting untuk memacu inisiatif yang berfokus mengikut sektor serta dipacu industri yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah hub bakat yang dinamik. 

Agensi ini berada dalam kedudukan yang unik untuk membantu meningkatkan ketersediaan modal insan yang berkemahiran tinggi untuk negara melalui pelbagai program yang ditawarkan untuk bakat tempatan dan global serta bekerjasama rentas kementerian, agensi, industri, dan akademia."

Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad

19 Disember 2023

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup