SEARCH
KESUMA Menganjurkan Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau untuk Kelestarian Negara Masa Hadapan

Karnival Kemahiran Hijau KESUMA Anjuran TalentCorp dari 25 - 27 April 2024 di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 25 April – Dengan rangka kerja strategik seperti Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau Malaysia 2017-2030 (GMTP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kerajaan menjangkakan penarikan pelaburan sehingga RM1.3 trilion, peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM220 bilion, dan mencipta lebih 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2050.

Justeru, sebagai tindak balas terhadap peningkatan permintaan bakat profesional mahir dalam ekonomi hijau, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menganjurkan Karnival Kermahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA yang berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur. Acara itu, yang diadakan bersempena Forum Pekerjaan Hijau ASEAN yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan kesedaran dalam mempersiapkan bakat dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyumbang secara bermakna kepada ekonomi hijau yang sedang maju.

YB Steven Sim Chee Keong menyampaikan ucapan perasmian ketika Pelancaran Karniva Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024


Semasa majlis pelancaran, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia menyatakan Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan biodiversiti semulajadi, justeru kita perlu berusaha membangunkan tenaga kerja sedia industri untuk memenuhi keperluan pelaburan Ekonomi Hijau.

"Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau merupakan satu usaha KESUMA dengan kerjasama industri dan akademia yang julung kali diadakan untuk memperkukuh pembangunan kemahiran dan peluang pekerjaan hijau selaras dengan keperluan ekonomi dan kemampanan alam sekitar di rantau ini," katanya.

Beliau turut menambah, "Matlamat kami adalah untuk membina tenaga kerja yang cekap dilengkapi dengan kemahiran hijau yang dicapai melalui pengenalan, peningkatan kemahiran dan kemahiran semula individu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam ekonomi hijau."

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia menguji Motosikal EV semasa lawatan ke reruai Pameran Kemahiran Hijau


Karnival Kemahiran Hijau dan Kerjaya Hijau KESUMA, yang dianjurkan oleh TalentCorp dan PERKESO, akan diadakan dari 25 – 27 April 2024 dari jam 10 pagi – 5 petang bertempat di Avenue K Mall, Kuala Lumpur.

Di Karnival Kemahiran Hijau, para pengujung akan berpeluanguntuk menyertai dalam 12 program bual bicara (pocket talk) yang akan membincangkan pelbagai topik. Karnival ini akan menampilkan para penceramah daripada pelbagai organisasi seperti Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia, EY Malaysia, LinkedIn Malaysia, HRD Corp, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Malaysian PayGap, serta pelbagai lagi.

Menerusi Karnival ini juga, terdapat pelbagai organisasi yang akan mempamerkan usaha mereka dalam kemampanan inovasi teknologi hijau.Turut serta, pempamer dari universiti yang akan mempamerkan kursus dan modul yang berkaitan dengan kemahiran hijau. Antara 22 pempamer termasuklah POS Malaysia, Modenas, Gentari, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Cyberview Sdn Bhd, Amanah Lestari Alam, Sustain.Ed - Sea Monkey Project X Earth Heir, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), serta banyak lagi.

YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia merasmikan Karnvial Kemahiran dan Kerjaya Hijau bersama Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp dan, Azirruan Bin Arifin, Ketua EIS PERKESO.


Pada masa yang sama, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut akan menganjurkan Karnival Kerjaya Hijau MYFutureJobs, di mana ia akan menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dari hampir 60 majikan untuk rakyat Malaysia. Majikan yang mengambil bahagian termasuk AEON Co. (M) Berhad, RHB Bank Berhad, DME Solutions Sdn Bhd, Kumpulan Tan Chong, IHH Healthcare Malaysia, FGV Holdings Berhad, Sols Energy Sdn Bhd, United Solar Energy Malaysia Sdn Bhd, ERS Energy Sdn. Bhd, Ranhill Bersekutu Sdn Bhd, IFP Engineering Solutions Sdn Bhd, UOA Group, dan banyak lagi.

Sebagai tambahan, PERKESO turut akan mengadakan Karnival Kerjaya MYFutureJobs KESUMA Madani bersempena Hari Pekerja 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 April dan 1 Mei ini. Karnival ini akan menawarkan lebih 10,000 jawatan kosong. Ia turut akan diadakan di beberapa Negeri termasuklah Kelantan pada 4-5 Mei, Johor pada 5 Mei serta Sarawak pada 18 – 19 Mei 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
• Karnival Kemahiran Hijau KESUMA oleh TalentCorp: www.talentcorp.com.my/kesuma-green-skills-fair
• Karnival Kerjaya Hijau MYFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my/careerfair

Issued by Talent Corporation Malaysia Berha

25 April 2024

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup