Satu inisiatif membimbing dan memupuk bakat muda negara yang berpotensi
KUALA LUMPUR, 29 March 2018 – Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini melancarkan program Bakat Global Malaysia (MGT) - kerjasama antara Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) dan InvestKL, yang disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh industri untuk memperoleh tenaga kerja, di samping memperkukuh tenaga kerja Malaysia untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.
MGT bermatlamat untuk menyediakan seramai 5,500 pemimpin global Malaysia menjelang 2022. Fasa pertama MGT akan menyaksikan kerjasama 12 MNC global dan 10 universiti awam untuk memilih, membimbing dan memupuk bakat Malaysia yang berpotensi tinggi.
"MGT akan menyediakan peluang kepada warga Malaysia untuk mempelajari dari yang terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Shareen Shariza Dato' Abdul Ghani. “Skala kemampuan, pembangunan, perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik MNC akan melahirkan tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan.”
Landskap tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada individu dinamik yang mempunyai pengalaman dan keupayaan di peringkat global. Berkedudukan kedua (2) di ASEAN dan ke-23 dalam Laporan Daya Saingan Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) (2017-2018), dengan lima universiti Malaysia yang disenaraikan antara 300 universiti terbaik dunia dalam Kedudukan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS)1, keperluan untuk memperkasa dan mengiktiraf bakat Malaysia adalah amat penting.
"Tumpuan kami bukan sekadar membangunkan tenaga kerja. MGT berusaha gigih untuk menghubungkan tenaga kerja dengan peluang di peringkat global kerana mobiliti tenaga kerja akan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab bakat yang dinamik," kata Shareen Shariza.
"Mewujudkan keperluan yang semakin meningkat untuk meluaskan bekalan profesional muda yang baik dan memenuhi keperluan organisasi global di Malaysia. Kami yakin program MGT berupaya membangunkan bakat Malaysia sebagai pemimpin yang berwibawa yang akan memacu kemajuan ekonomi negara. Seterusnya akan menarik syarikat global untuk bertapak di Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Datuk Zainal Amanshah.
"Sehingga tahun 2017, InvestKL telah berjaya mewujudkan hampir 11,000 pekerjaan berkemahiran tinggi di rantau ini – kebanyakannya merupakan peluang untuk pembelajaran bagi kumpulan besar dan pelbagai bakat muda di Malaysia," tambah beliau.
Program MGT akan memberi tumpuan kepada tiga kumpulan bakat berikut:
Ia menawarkan peluang kepada para profesional Malaysia seperti program peminjaman, latihan kerja, program bimbingan dan sesi perkongsian pengetahuan bersama personaliti C-suite dari MNC yang berprestij. Program ini juga akan mewujudkan Pusat-Pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence) bertaraf dunia yang akan menjadi pusat tumpuan utama untuk membincangkan peluang kepimpinan, amalan terbaik global, penyelidikan dan latihan untuk para peserta.
Antara MNC yang mengambil bahagian termasuk Schlumberger, Linde, Honeywell, IBM dan Cargill bersama pihak universiti seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Heriot-Watt.
Susulan pelancaran MGT, Perdana Menteri, diiringi oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed; Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael Yam dan Datuk Zainal melawat pameran InvestKL: Impacting Malaysian Lives Through Innovation.
Turut hadir adalah Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Haji Idris Jusoh, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Dato' Seri Ong Ka Chuan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz dan Shareen Shariza.
Lebih 20 MNC global mengambil bahagian dalam pameran tersebut yang mengetengahkan Inovasi dan Pendigitalan yang terbaik. MNC ini mempamerkan inovasi terkini mereka dan menunjukkan bagaimana teknologi dan pengetahuan ini dipindahkan dan dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.
Kindly contact our Press Office team through email.
Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only.