SEARCH
Kenyataan Media (10 Oktober 2014)

Johan Mahmood Merican, Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)

YAB Perdana Menteri menerusi ucapan Bajet 2015 terus memberi penekanan terhadap kepentingan kerjasama sektor awam dan swasta dalam memupuk pembangunan modal insan Malaysia yang mampan. Ucapan Bajet 2015 yang telah dibentangkan menjurus kepada penggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta melalui inisiatif dan insentif khusus bagi meningkatkan kebolehpasaran dan dayasaing modal insan Malaysia sejajar dengan keperluan transformasi ekonomi.

Antara langkah-langkah utama Bajet 2015 yang menekankan aspek kerjasama antara sektor awam dan swasta adalah seperti:

  • Menggalakkan majikan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dengan menyediakan insentif potongan cukai berganda bagi majikan yang membiayai kos latihan bagi kelayakan profesional dan kelayakan vokasional yang diiktiraf di peringkat industri (seperti ACCA, CFA, dan PMP) kepada tenaga kerja mereka;
  • Menumpukan kepada pembangunan graduan selaras keperluan industri melalui peruntukan sejumlah RM30 juta yang akan disediakan oleh TalentCorp bagi program Industry Academia Collaboration. Program ini akan memfokus kepada kolaborasi antara universiti, sektor awam dan sektor swasta dalam pembangunan kurikulum kursus jangka pendek dan latihan industri;
  • Pemberian cukai berganda kepada majikan yang menyediakan latihan industri berstruktur kepada pelajar yang mengikuti program diploma dan sijil vokasional setaraf diploma bagi menggalakkan pembangunan modal insan selaras dengan keperluan industri;
  • Menyediakan insentif potongan cukai berganda kepada sektor korporat ke atas pemberian biasiswa bagi kursus-kursus vokasional kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi mengukuhkan pembekalan modal insan; dan
  • Menyokong usaha meningkatkan keterlibatan wanita dalam bidang pekerjaan bagi kaum wanita yang telah berhenti sementara daripada kerjaya mereka melalui program Women Career Comeback yang akan diselia oleh TalentCorp.

TalentCorp melalui kerjasama sektor swasta akan berusaha untuk menyokong strategi yang telah diumumkan melalui Ucapan Bajet 2015 bagi memastikan pembangunan modal insan Malaysia yang berdaya saing sejajar dengan keperluan transformasi ekonomi.

-Tamat-

IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup