– Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat YB Hannah Yeoh menggesa para majikan di Malaysia untuk meningkatkan dan membuat penyesuaian dalam pekerjaan, tempat kerja dan kapasiti tenaga kerja bagi memenuhi permintaan masa depan pekerjaan.
Berucap kepada lebih 100 syarikat ketika sesi #ChatwithHannahYeoh, dialog tidak formal anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), YB Yeoh juga menekankan bahawa mewujudkan persekitaran yang membolehkan sebuah keluarga untuk berkembang maju dalam pekerjaan adalah salah satu tumpuan utama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
"Malaysia tidak bersendirian dalam usaha untuk mewujudkan tempat kerja yang memberi tumpuan kepada keluarga. Semua kerajaan di negara-negara maju dan membangun sedang membincangkan cara-cara untuk menaiktarafkan tempat kerja untuk kesejahteraan rakyat mereka. Kerajaan Malaysia juga mengiktiraf amalan menyeimbangkan kehidupan dan pekerjaan sebagai satu cara untuk membuktikan masa depan tenaga kerja dan memastikan daya saing negara kita," kata YB Yeoh. Beliau juga menerangkan bahawa dasar dan budaya tempat kerja yang fleksibel merupakan strategi utama untuk memenuhi permintaan pada masa depan.
Ketika sesi dialog yang juga dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Dato' Amir Bin Omar, YB Yeoh menggesa para majikan di Malaysia untuk bekerjasama dengan TalentCorp dalam pelbagai program yang disasarkan untuk mewujudkan persekitaran pekerjaan yang fleksibel, dipelbagai dan terangkum, serta menggalakkan penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia.
Salah satu cara untuk melahirkan tenaga kerja yang dinamik dan bersedia untuk masa depan adalah melalui pelaksanaan amalan keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life practices atau WLP). WLP boleh mewujudkan sinergi antara kehidupan peribadi dan pekerjaan dan seterusnya menghasilkan produktiviti
1 yang lebih baik. Laporan
Life At Work Survey 2017 TalentCorp menunjukkan bahawa 90 peratus organisasi di Malaysia bersetuju mengenai kepentingan untuk mewujudkan WLP.
TalentCorp bekerjasama dengan para majikan untuk melaksanakan WLP, dan menggaji dan mengekalkan wanita yang berhenti sementara daripada kerjaya mereka melalui Program Kembali Berkerjaya (Career Comeback Programme).
Pelancaran Anugerah LIFE AT WORK 2018
TalentCorpYB Yeoh hari ini turut melancarkan anugerah LIFE AT WORK 2018, satu inisiatif Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersama TalentCorp yang memberi memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai amalan pekerjaan yang progresif. LIFE AT WORK memaparkan para pemenang yang tersohor sebelum ini seperti Maybank (Pemenang Anugerah Platinum, 2016), Kumpulan CIMB (Organisasi Terbaik Malaysia, 2017), PwC Malaysia (Organisasi Antarabangsa Terbaik, 2017) dan meraikan para majikan yang mengungguli agenda Kepelbagaian dan Keterangkuman (diversity and inclusion).
Pertama kali dianjurkan pada 2013, anugerah LIFE AT WORK 2018 bermatlamat untuk menggalakkan pelaksanaan WLP yang lebih meluas bagi tenaga kerja di Malaysia melalui pengenalan kategori-kategori baharu bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan organisasi bukan berasakan keuntungan (NGO).
Peserta anugerah pada tahun ini akan bertanding bagi pengiktirafan dalam kategori berikut: Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan Terbaik, Organisasi Terbaik Malaysia, PKS Terbaik, Organisasi Antarabangsa Terbaik, Juara Ketua Pegawai Eksekutif, Pasukan Kepimpinan Terbaik, Amalan Paling Cemerlang, dan Organisasi Baharu Terbaik.
Penyertaan bagi anugerah LIFE AT WORK 2018 TalentCorp dibuka pada 11 Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.lifeatwork.my.