SEARCH
Bulan Pemerkasaan Wanita TalentCorp 2023 Menyokong Lebih Daripada 6,000 Wanita Di Seluruh Negara

YB Tuan Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia membantu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada para pelajar UMS.


KOTA KINABALU, 31 Mac - Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) telah berjaya menamatkan Bulan Pemerkasaan Wanita (WEM) 2023 dengan penyertaan lebih 6,000 wanita menerusi tiga belas program yang diadakan sepanjang bulan itu.

Pada majlis penutup yang diadakan di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, YB Tuan Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyeru agar semua pihak yang berkepentingan untuk bekerjasama dalam mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan saksama selaras dengan tonggak Malaysia MADANI.

“TalentCorp merupakan badan sokongan yang kuat dalam mengangkat nilai kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman serta menjadi sebahagian daripada usaha Kementerian Sumber Manusia untuk mengukuhkan pasaran buruh, untuk tenaga kerja yang lebih produktif dan berdaya saing,” katanya.

Majlis penutup tersebut diadakan bersempena sesi agihan bubur lambuk kepada 300 pelajar Universiti Malaysia Sabah, serta penyampaian sumbangan Ramadan kepada Rumah Amal Kasih Kingfisher termasuklah 30 orang anak-anak asuhan rumah tersebut.

Program WEM 2023 yang berfokus itu, bertujuan bagi mempersiapkan wanita dari semua latar belakang sebelum mengambil langkah seterusnya dalam kehidupan dan kerjaya mereka, serta meraikan pencapaian pendukung wanita di Malaysia.


“Bulan Pemerkasaan Wanita TalentCorp mengetengahkan tema "Be Strong, Be Tenacious, Be Kind" di mana ia menjadi aspirasi terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia," kata Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp.

Majlis tersebut turut dihadiri Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Mohd. Amril Mohd. Junid, Naib Presiden Kumpulan TalentCorp.


Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad
31 Mac 2023


IN THIS SECTION:

HAVE A MEDIA ENQUIRY?

Kindly contact our Press Office team through email.

Please note that these contact details are strictly for journalist enquiries only. 


share this page:
Ooops!
Generic Popup