Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

Jelajah AI MyMahir

curve
Events

Jelajah AI MyMahir

17 January 2026
Jelajah AI MyMahir

Jelajah AI MyMahir Sg. Buloh


Jelajah AI MyMahir ialah program jangkauan literasi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat nasional yang dilaksanakan oleh TalentCorp Malaysia Berhad di bawah Kementerian Sumber Manusia. Program ini bertujuan membawa pendedahan dan latihan asas AI secara hands-on terus kepada rakyat di 60 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Ia direka khas untuk pemula, dengan pendekatan mudah dan praktikal bagi membantu peserta menggunakan AI dalam tugasan harian, pembelajaran, kerjaya dan perniagaan.

Semua peserta akan menerima E-Sijil Penyertaan, yang akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh satu (1) minggu selepas program berlangsung. Selain itu, peserta juga layak menerima Certificate of Completion bagi MyMahir AI Skills Credit, tertakluk kepada penyempurnaan modul pembelajaran kendiri (self-learning) secara dalam talian. 

Penyertaan adalah 100% percuma!
 

Daftar Sekarang

 

 

Jelajah AI MyMahir: Soalan Lazim (FAQ)

Jelajah AI MyMahir ialah program jangkauan literasi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat nasional yang dilaksanakan oleh TalentCorp Malaysia Berhad di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Program ini bertujuan membawa pendedahan dan latihan asas AI secara hands-on terus kepada rakyat di 60 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Ia direka khas untuk pemula, dengan pendekatan mudah dan praktikal bagi membantu peserta menggunakan AI dalam tugasan harian, pembelajaran, kerjaya dan perniagaan.

1. Apakah objektif program ini?

Objektif utama Jelajah AI MyMahir adalah untuk:

  • Membekalkan kemahiran asas AI kepada rakyat Malaysia
  • Meningkatkan kesiapsiagaan digital, produktiviti dan kebolehpasaran kerja
  • Menyokong perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta usahawan mikro dalam penggunaan AI
  • Menggalakkan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan beretika
  • Memastikan akses pembelajaran AI yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat
2. Apakah modul yang disediakan?

Peserta akan didedahkan kepada lima modul utama, iaitu:

  • Pengenalan kepada AI & Pertimbangan Etika
    Memahami asas AI serta penggunaan yang bertanggungjawab dan beretika.
  • AI & Kelestarian
    Peranan AI dalam menyokong kelestarian, kecekapan dan penggunaan sumber secara optimum.
  • AI untuk Perniagaan & Keusahawanan
    Penggunaan AI bagi pemasaran, penciptaan kandungan, pengurusan pelanggan dan automasi asas.
  • AI & Teknologi
    Pengenalan kepada generative AI, teknik penulisan arahan (prompting) dan automasi mudah.
  • AI untuk Kebolehpasaran & Produktiviti
    Penggunaan AI bagi penyediaan CV, pencarian kerja, perancangan kerjaya dan peningkatan produktiviti.

Semua modul disampaikan secara interaktif dan merangkumi aktiviti hands-on.

3. Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

Maklumat pendaftaran akan diumumkan melalui saluran rasmi TalentCorp. Pautan pendaftaran khusus disediakan bagi setiap kawasan Parlimen.

Saluran rasmi:
  • Facebook: TalentCorp Malaysia
  • Instagram: @talentcorpmalaysia
  • LinkedIn: Talent Corporation Malaysia Berhad
  • E-mel pertanyaan: jelajah.ai@talentcorp.com.my
⚠ Peserta digalakkan mendaftar awal kerana tempat adalah terhad mengikut kapasiti lokasi.
4. Siapakah yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut?

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui:

  • jelajah.ai@talentcorp.com.my
  • Media sosial rasmi TalentCorp untuk makluman terkini
5. Adakah peserta akan menerima sijil?

Ya. Semua peserta akan menerima E-Sijil Penyertaan, yang akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh satu (1) minggu selepas program berlangsung.

Selain itu, peserta juga layak menerima Certificate of Completion bagi MyMahir AI Skills Credit, tertakluk kepada penyempurnaan modul pembelajaran kendiri (self-learning) secara dalam talian.

Semasa program:

  • Peserta akan diperkenalkan kepada asas modul
  • Aktiviti AI prompting secara berkumpulan akan dijalankan

Modul penuh boleh diselesaikan secara dalam talian pada bila-bila masa selepas program, mengikut kesesuaian masa peserta.

6. Adakah program ini percuma?

Ya. Penyertaan adalah 100% percuma.

Tiada bayaran dikenakan untuk:

  • Pendaftaran
  • Penyertaan program
  • Sijil penyertaan
7. Siapakah yang boleh menyertai program ini?

Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, tertakluk kepada syarat berikut:

  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Berminat mempelajari asas AI untuk kerja, pembelajaran, perniagaan atau kreativiti
  • Tiada pengetahuan atau pengalaman AI diperlukan
  • Pendaftaran adalah wajib melalui pautan atau kod QR yang disediakan

Antara kumpulan sasaran termasuk:

  • Pelajar sekolah dan universiti
  • Pencari kerja dan graduan baharu
  • Pendidik
  • SME dan usahawan mikro
  • Pekerja sektor awam dan swasta
  • Ahli komuniti pelbagai peringkat usia
8. Apakah yang perlu dibawa oleh peserta?

Bagi pengalaman pembelajaran yang lebih optimum, peserta digalakkan membawa:

  • Telefon pintar atau komputer riba
  • Peranti dengan capaian internet
  • Buku nota dan pen

Peranti tidak diwajibkan, namun sangat membantu untuk aktiviti hands-on.

9. Berapa lamakah tempoh setiap sesi?

Setiap sesi biasanya berlangsung selama sekitar 6 jam, merangkumi:

  • Penyampaian modul
  • Latihan praktikal
  • Demonstrasi secara langsung
  • Sesi soal jawab
  • Taklimat berkaitan e-sijil
10. Dalam bahasa apakah sesi dijalankan?

Secara umum, sesi disampaikan dalam Bahasa Melayu, dengan penggunaan istilah Bahasa Inggeris sekiranya bersesuaian. Fasilitator akan menyesuaikan penyampaian mengikut profil peserta.