SEARCH
PROGRAM KESINAMBUNGAN KERJAYA VETERAN MYWIRA

Program Kesinambungan Kerjaya "Veteran MyWIRA" dilancarkan pada 22 Januari 2024. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia, yang diterajui oleh agensi di bawah kedua-dua kementerian tersebut iaitu, TalentCorp dan PERHEBAT. Inisiatif ini dipacu industri melalui kerjasama strategik Ahli Majlis Future Skills Talent Council (FSTC) untuk menyediakan laluan kerjaya yang memenuhi keperluan industri kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).



PENDEKATAN KAMI

Program Veteran MyWIRA direka untuk memudahkan laluan kerjaya bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejajar dengan penawaran dalam pasaran pekerjaan oleh Industri serta meningkatkan kepelbagaian dalam kumpulan bakat Negara.


PENekanan program

Menggalakkan penyertaan proaktif daripada veteran tentera bagi meningkatkan pembangunan kapasiti modal insan melalui kaedah pemprofilan dan halatuju kerjaya selepas bersara dari perkhidmatan yang ditawarkan oleh industri. Antara objektif utama program ini adalah :

  1. Membina kerjasama strategik antara agensi dan industri untuk meningkatkan kemahiran dan penempatan pekerjaan bagi veteran ATM yang memenuhi keperluan industri;
  2. Intervensi proaktif untuk membangunkan tenaga kerja yang sedia industri (veteran ATM) selaras dengan permintaan industri;
  3. Meringankan kos sara hidup yang tinggi selepas bersara, meningkatkan taraf sosioekonomi veteran ATM;
  4. Pengumpulan profil data veteran ATM untuk meningkatkan pemilihan kursus dan penempatan pekerjaan; dan
  5. Fasilitasi industri kepada bakat ATM untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk pembangunan tenaga kerja sivil.

Sebarang pertanyaan atau peluang untuk bekerjasama, sila hubungi kami melalui: iac.team@talentcorp.com.my

manfaat utama

01

Kebajikan Pekerja - Membuka ruang dan peluang kerjaya kepada Veteran ATM untuk terus berkhidmat kepada negara berdasarkan konsep "no one gets left behind".

02

Kemahiran Pekerja - Meningkatkan kemahiran Veteran ATM agar sejajar dengan keperluan industri, membolehkan mereka memberi sumbangan yang signifikan dan bermakna kepada ekonomi Malaysia MADANI

03
Keberhasilan Pekerja - Menjamin produktiviti industri dengan pengalaman dan kemahiran Veteran ATM untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara secara keseluruhannya.

THIS INITIATIVE IS FOR:
PROFESSIONALs

2024 © Talent Corporation Malaysia Berhad (201001035653)| All Rights Reserved | Terms & Conditions
Ooops!
Generic Popup